CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedekad Dikurung, Jadi Hamba Seks Di Bawah Tanah

29-11-2017 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10276| Komen: 59

Kejam! Seorang lelaki mengurung wanita berusia 29 tahun di dalam sebuah 'penjara seks bawah tanah' di Gizzeria, Itali dan menyeksa serta memperkosanya secara berterusan selama 10 tahun sehingga melahirkan dua anak mereka.




Memetik The Sun, Aloisio Francesco Rosario Giordano, 52, juga diberi julukan 'The Italian Fritzl' ditahan polis pada hujung minggu lalu.



Lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama dia ditangkap dan didakwa atas kesalahan itu. Pada 1995, dia pernah dipenjara atas kesalahan menculik, merogol dan menyeksa seorang wanita lain.


Selepas dibebaskan atas alasan berkelakuan baik pada 1999, Giordano pulang ke rumah untuk menjaga isterinya yang sakit serta dua anaknya.

Ketika itulah dia mengupah seorang wanita berusia 19 tahun yang baru tiba di Itali untuk menjaga isterinya. Namun, malang nasib mangsa apabila dia dikurung di sebuah bilik bawah tanah selepas kematian isteri Giordano.



Sedekad lamanya wanita itu hidup di 'neraka' itu tanpa diberi kemudahan air dan elektrik. Malah, dia turut dirantai pada katil selain dirogol berkali-kali sehingga melahirkan anak lelaki dan perempuan yang kini berusia 9 dan 3 tahun.



Menurut laporan, kanak-kanak itu dipaksa melihat ibu mereka diseksa 'manusia bertopengkan syaitan' itu! Malah, suspek turut memaksa anak lelaki mereka untuk turut serta menyeksa ibunya atau dia akan dibelasah jika enggan melakukannya.


Lebih menyedihkan, Giordano akan menggunakan tali pancing untuk menjahit luka di tangan mangsa akibat digari.

Polis hanya menghidu kejadian itu apabila mereka menahan kenderaan Giordano ketika melakukan pemeriksaan polis dan menyedari keadaan kanak-kanak lelaki terbabit yang tidak terurus. 

Curiga dengan keadaan itu, polis mendesak untuk melawat rumah mereka.


Foto: The Sun

Ketika itulah mereka menemui mangsa bersama anak perempuannya dalam keadaan menyedihkan. Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu, dia langsung tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar.

Susulan itu, Giordano ditahan dan didakwa atas tuduhan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual. - CARI
8

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 29-11-2017 02:07 PM
Zalimnya......jantan lahanat....

Mereput mampos la nko dalam penjara...
Quote Jeasabri 29-11-2017 02:27 PM
Kesian kena seksa sampai bgitu sekali..si lelaki tu mentel !!!
Quote umbut 29-11-2017 02:32 PM
Iblis
Quote dodolgemokgila 29-11-2017 02:35 PM
Bangang punya jantan! Potong jah kote laki xguna tu!
Quote iloveyou 29-11-2017 02:38 PM
setan nyaaa perangai
Quote Artemesiaa 29-11-2017 02:41 PM
Harap jangan dilepaskan dari penjara lagi kali ni
Quote Suchi 29-11-2017 02:48 PM
teringat kes yg bapak kurung ank sendiri dlm bilik kecil kt umah dia  tu sampai 7 org kot ank dia lahirkn.
Tp yg tu keadaan bilik kecil  tu taklah seteruk ni mcm stor menda tah.tah2 kena ikat je pompuan ni. Siannya mcm manala masa dia pregnant n beranak.
Quote Burong_Hantuk 29-11-2017 02:50 PM
nawuzubilla.moga terima hukoman yang amat berat


Quote Burong_Hantuk 29-11-2017 02:51 PM




Quote Burong_Hantuk 29-11-2017 02:52 PM
All of this took place in the tiny village of Gizzeria, in southern Italy, but went entirely unnoticed until police discovered the house of horrors by accident.
Police picked Giordano up during a routine traffic stop because of the bad condition of his vehicle, when they noticed the nine-year-old boy in his back seat.
The disheveled appearance of the boy, who was described as dirty and malnourished, raised their suspicions and they demanded to see Giordano's home and speak with the boy's mother.
When they arrived they discovered the woman, who was also filthy, holding a second malnourished child and decided to investigate.
It was only then that they discovered the conditions she had been kept in.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/ ... .html#ixzz4znjXLeJt
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook
Quote puteribaya 29-11-2017 03:13 PM
speechless..dalam manusia ada binatang..tapi binatang pun x tgamak buat gini
Quote idakamaruddin 29-11-2017 03:28 PM
sian nyee

mesti pmpn tu x kenal apa itu FB dan iphone

Quote prettyuglybabe 29-11-2017 03:31 PM
bagusnya polis dorang alert dengan keadaan budak tu..
Quote paz 29-11-2017 03:33 PM
Teruk betul perangai. Sebab kes ni, Paz terpikir tak semua orang bole berubah ke arah kebaikan.
Quote M.Rose 29-11-2017 03:35 PM
Binawe
Quote airmineral 29-11-2017 03:46 PM
nauzubillah
i'm speechless
Quote moonbug 29-11-2017 03:49 PM
Sebab tu kali pertama tu kenakan hukuman berat je terus. Ni tunjuk baik sikit bg lepas, lps tu jahanamkan hidup org lain pulak. Hukuman yg tak bagi kesan langsung pada pesalah
Quote barfi 29-11-2017 04:18 PM
Gelinya tengok toilet kerusi tu.. mesti bertahun2 tak pernah bercuci.. kesiannya. Jahat betul la jantan ni..
Quote HannahMontana 29-11-2017 04:27 PM
so whatt??

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059039 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top