Jalan Pintas Rawang-Serendah yang dibina dengan struktur jambatan bertingkat sepanjang 2.7 kilometer (km) pada ketinggian 58.2 meter dengan menggunakan kaedah Overhead Moveable Scaffolding System (MSS) itu dibuka sepenuhnya mulai jam 6 pagi hari ini, lapor BH Online.
Laluan ini dipercayai dapat mengatasi masalah kesesakan teruk di sekitar bandar ini, terutama pada waktu puncak. Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Menteri Kerja Raya berkata, laluan sepanjang sembilan km itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.
"Jalan pintas dari Rawang ke Serendah ini adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya kerana pengguna seakan-akan membelah kabus apabila memandu pada waktu pagi dan selepas hujan. "Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang," katanya. Jambatan itu siap sepenuhnya pada 21 November lalu dan projek bernilai RM628 juta itu bukan lambat disiapkan walaupun bermula pada 2005, sebaliknya mengambil kira beberapa faktor. "Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor. "Menerusinya, pembinaan jalan pintas Rawang mengurangkan pengambilan kawasan hutan daripada 64 hektar kepada 23.6 hektar. "Ia juga demi memelihara spesies pokok Giam Kanching yang hanya ada di hutan di sini," katanya. - CARI |
12
Bagus |
5
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 29-11-2017 02:43 AM
Lepas tu nanti 3 bulan pakai pecah retak bersepai sana sini, mark my words ...
"Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jalan pintas berkenaan di sini, hari ini.
ADVERTISEMENT