CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru IT Didakwa Kerana WhatsApp Fitnah

29-11-2017 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5341| Komen: 28

Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) didakwa atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.

Memetik BERNAMA, Rafeah Buang, 36, menjadi orang pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan itu.




Rafeah bagaimanapun mengaku tidak bersalah memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna.


Menerusi penghantaran mesej itu, dia didakwa membuat makluman palsu supaya berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan.

Rafeah didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dia berdepan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin yang memperuntukkan  RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 31 Jan ini bagi pengurusan kes dan lantikan peguam. - CARI
15

Bagus
17

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 29-11-2017 01:07 AM
Maknanya dia create teks WhatsApp tu semata2 utk mengenakan pemilik kereta tu ke? Tadi dengar kat berita saya tak dapat tangkap penuh....
Quote pyropura 29-11-2017 02:19 AM
Dulu ada ostad sekolah igama yg pitenah ada kalimah awloh kat selipar Bata kenapa tak dihukom?   
Quote kasibiman 29-11-2017 03:03 AM
Padan muka. Stupid bitch
Quote orgsepang 29-11-2017 05:43 AM
Ada yang buat lapuran polis, mungkin pemilik kereta tu. Kalau tidak sebar berita palsu apa pun selamat le di dunia ni
Quote makton 29-11-2017 07:27 AM
cash la kakkk..  pasni uninstall la wa tu..
Quote monreyes 29-11-2017 08:27 AM
now kalau dapat ws yg berunsur politik..
kata mengata aku dah x share...
share yg baik2 dan jokes shj...
sesia je muka kluar paper nnt.
Quote samasam90 29-11-2017 08:38 AM
padan muka kau peah.. gigih sangat kan fefeling pandai.. nasib baik la pemilik kereta tak saman kau..
Quote fushimi 29-11-2017 08:56 AM
iols kadang nak baca whataap pun malas

rajin sisturrr ni share share petinah

tapi kenapa 2014

kes ni tertangguh ke
Quote tumpanglalu74 29-11-2017 09:02 AM
Yang counter repot tu tuan punye yang sah.  Sekian.

Tolong jangan cari akal nak sekat orang kasi maklumat tentang kes culik ye.  Tak cukop lagi ke budak hilang kat Mesia ni?

Si tukang sebar info ni ade wat polis repot ke tak ni?  Kalo ade, camne tu?

Quote finding 29-11-2017 09:04 AM
rafeah buang  nama dia......
Quote paz 29-11-2017 09:13 AM
Paling tak suka dpt fwd yang nak sebar-sebar maklumat.

Quote tumpanglalu74 29-11-2017 09:18 AM
paz replied at 29-11-2017 09:13 AM
Paling tak suka dpt fwd yang nak sebar-sebar maklumat.

Tolong banteras gejale colek budak dulu sebelom menghukom orang yang kasi maklumat kat WhatsApp.  In this case she can win hands down.  Banyak kes kete klon dalam Mesia ni.  Kalo betol orang yang dia repot tu orang yang dia sengaje nak nayekan then itu cerite lain.

Quote chinta89 29-11-2017 09:21 AM
sape pemilik kereta tu?
Quote chinta89 29-11-2017 09:21 AM
tumpanglalu74 replied at 29-11-2017 09:02 AM
Yang counter repot tu tuan punye yang sah.  Sekian.

Tolong jangan cari akal nak sekat orang kasi  ...

owh kereta klon rupanya..
Quote Vokuro 29-11-2017 09:26 AM
Selayak nya lah dengan cikki bimbo ini
Quote Jorja 29-11-2017 10:53 AM
Memfitnah. Dunia akhirat kena. {:smile
Quote Artemesiaa 29-11-2017 10:56 AM
Kan dah mendapat hadap ler hukumannya
Quote bambimo 29-11-2017 11:05 AM
ler create grup just nk gtau benda tu je..
byk betul masa cikgu yg sorang ni
Quote supernaturalee 29-11-2017 04:34 PM
jgn2 yg dlm group pun kena siasat jgk


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.182848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top