CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4107|Reply: 28

[Jenayah] whatsapp sis?? kan dah kena dakwa whatsapp fitnah

[Copy link]
Post time 29-11-2017 12:57 AM | Show all posts |Read mode


...wah, suka suki ente sebar maklumat palsu fitnah orang yerrr.




GURU IT INDIVIDU PERTAMA DIDAKWA KERANA SEBAR MAKLUMAT PASLU MENERUSI APLIKASI WHATSAPP

Tawau, 28 November 2017 - Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.
Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna.
Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Sophian Zakaria.

Hakim Awang Krisnada kemudian membenarkan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna.
Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 31 Januari 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.
Sumber : Sinar Harian







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2017 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya dia create teks WhatsApp tu semata2 utk mengenakan pemilik kereta tu ke? Tadi dengar kat berita saya tak dapat tangkap penuh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada ostad sekolah igama yg pitenah ada kalimah awloh kat selipar Bata kenapa tak dihukom?   
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Stupid bitch
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang buat lapuran polis, mungkin pemilik kereta tu. Kalau tidak sebar berita palsu apa pun selamat le di dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 07:27 AM | Show all posts
cash la kakkk..  pasni uninstall la wa tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2017 08:27 AM | Show all posts
now kalau dapat ws yg berunsur politik..
kata mengata aku dah x share...
share yg baik2 dan jokes shj...
sesia je muka kluar paper nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka kau peah.. gigih sangat kan fefeling pandai.. nasib baik la pemilik kereta tak saman kau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2017 08:56 AM | Show all posts
iols kadang nak baca whataap pun malas

rajin sisturrr ni share share petinah

tapi kenapa 2014

kes ni tertangguh ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:02 AM | Show all posts

Yang Dia Nampak Tu Kerete Klon

Yang counter repot tu tuan punye yang sah.  Sekian.

Tolong jangan cari akal nak sekat orang kasi maklumat tentang kes culik ye.  Tak cukop lagi ke budak hilang kat Mesia ni?

Si tukang sebar info ni ade wat polis repot ke tak ni?  Kalo ade, camne tu?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:04 AM | Show all posts
rafeah buang  nama dia......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:13 AM | Show all posts
Paling tak suka dpt fwd yang nak sebar-sebar maklumat.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:18 AM | Show all posts

Abam Polis Sekelian

paz replied at 29-11-2017 09:13 AM
Paling tak suka dpt fwd yang nak sebar-sebar maklumat.

Tolong banteras gejale colek budak dulu sebelom menghukom orang yang kasi maklumat kat WhatsApp.  In this case she can win hands down.  Banyak kes kete klon dalam Mesia ni.  Kalo betol orang yang dia repot tu orang yang dia sengaje nak nayekan then itu cerite lain.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:21 AM | Show all posts
sape pemilik kereta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:21 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 29-11-2017 09:02 AM
Yang counter repot tu tuan punye yang sah.  Sekian.

Tolong jangan cari akal nak sekat orang kasi  ...

owh kereta klon rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayak nya lah dengan cikki bimbo ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Memfitnah. Dunia akhirat kena. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 10:56 AM | Show all posts
Kan dah mendapat hadap ler hukumannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ler create grup just nk gtau benda tu je..
byk betul masa cikgu yg sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 04:34 PM | Show all posts
jgn2 yg dlm group pun kena siasat jgk


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.465047 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list