CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lee Chong Wei Buktikan Dia Bukan 'Orang Tua Tak Guna'

28-11-2017 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3453| Komen: 19

Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei terkilan apabila ada pihak melabelnya sebagai ‘orang tua tidak berguna’ selepas lapan bulan perjuangannya tak membuahkan hasil.




Chong Wei nyata kecewa dengan sikap peminatnya yang sekelip mata berubah menjadi pengkritik kerana prestasinya yang merudum.

Bagaimanapun, bekas jaguh badminton No. 1 dunia itu bagaikan mendapat nafas baru selepas menjuarai Terbuka Hong Kong buat kali kelima pada Ahad.



Kejayaan itu sekali gus membuktikan bahawa dia bukanlah ‘orang tua tidak berguna’ seperti yang dicanangkan selama ini.

“Sewaktu saya melalui detik-detik sukar, ramai orang yang sebelum ini menjadi penyokong kuat saya bertukar menjadi pengkritik terhebat dalam sekelip mata.

“Saya tidak pernah berdepan masalah dengan permainan saya sebaliknya ini adalah sebahagian daripada fasa yang berlaku dalam karier saya.

“Saya kemudian berusaha mencari semula semangat yang telah hilang dan berazam untuk mengubah segala masalah ini dan pada ketika itu masih ada pihak yang terus memberikan sokongan kepada saya.

“Ada orang cakap, saya sudah tua, saya sudah tidak boleh diharap, tidak berguna.

“Tetapi saya tidak peduli itu semua kerana saya tidak pernah bermain untuk orang lain dan saya percaya saya boleh bermain lagi, paling penting semangat itu masih ada dalam diri saya.

“Saya pernah nyatakan sebelum ini, saya akan terus beraksi selagi tiada mana-mana pemain Malaysia yang mampu menumpaskan saya dan sehingga hari ini saya masih pemain No.1 di negara ini,” katanya kepada Utusan.


Foto: South China Morning Post

Chong Wei menamatkan kemarau lapan bulan tanpa kejuaraan di Terbuka Hong Kong dengan menundukkan jaguh China, Chen Long 21-14, 21-19. - CARI
5

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 28-11-2017 05:23 PM
Takda nasib betul datuk ni. Selalu menang game insignificant tapi kejohanan besar2 macam Thomas Cup ka Olimpik ka tak pernah pula ada nasib nak menang.
Quote MH3707 28-11-2017 05:24 PM
tahniah bro!
Quote generate 28-11-2017 07:27 PM
Persetankan kata-kata orang Latuk. Teruskan perjuangan.
Quote matamata 28-11-2017 08:40 PM
Nakharom mana yg ckp mcm tu?
Quote moonbug 28-11-2017 09:04 PM
Tahniah LCW!

Quote tobobon 28-11-2017 09:18 PM
chazey replied at 28-11-2017 05:23 PM
Takda nasib betul datuk ni. Selalu menang game insignificant tapi kejohanan besar2 macam Thomas Cup  ...

baru nak cakap tp MN dah tolong cakap
Quote chazey 28-11-2017 09:22 PM
tobobon replied at 28-11-2017 09:18 PM
baru nak cakap tp MN dah tolong cakap

Yeah! Great minds think alike!
Quote spiderman80 28-11-2017 10:39 PM
chazey replied at 28-11-2017 05:23 PM
Takda nasib betul datuk ni. Selalu menang game insignificant tapi kejohanan besar2 macam Thomas Cup  ...

Chazey, Thomas Cup adalah kejohanan berpasukan. LCW selalu jer memenangi setiap perlawanan dalam beberapa edisi Piala Thomas ketika Malaysia melawan negara lain tetapi rakan senegaranya yang lain gagal dalam perlawanan mereka dan terus menggagalkan hasrat negara untuk menjuarai Piala Thomas. Kesian Datuk...

Tapi Datuk cuma akan dikenali sebagai Raja Super Series yang tidak pernah memenangi emas Olimpik dan Kejohanan Dunia, yang mana kedua-duanya merupakan kejohanan individu tertinggi dalam sukan badminton.
Quote deathacker 28-11-2017 11:01 PM
Biasa la org kita. Bila ko menang,melambung pujian ko dpt. Tapi bila kalah,mcm2 dikutuknya kau.
Quote dodolgemokgila 29-11-2017 12:04 AM
Tahniah sister. Tpi mmg betul, Datuk sudah tua utk bertanding dgan aktif lgi.
Quote SerenaBlair 29-11-2017 12:10 AM
Tahniah lcw
Quote armin 29-11-2017 01:01 AM
Banyak jasa dah kot. Berani ckp dia org tua tak guna. Yg cakap tu berguna sangat ke
Quote izzat1987 29-11-2017 06:44 AM
chazey: Takda nasib betul datuk ni. Selalu menang game insignificant tapi kejohanan besar2 macam Thomas Cup ka Olimpik ka tak pernah pula ada nasib nak menang ...


Ni namanya strategi. Lin dan  dan pemain2 negara china lain akan kumpul tenaga dan fokus pd kejohanan besar mcm tu utk tewaskan negara lain cam malaysia. Malaysia pula kejar ranking utk kejohanan kecil agar terus dinilai sebagai pemain kelompok A tapi bila lawan dgn underdog tetiba kalah.
Quote izzat1987 29-11-2017 06:46 AM
Tabik anak2 sidek. Pemain sekarang cuma kejar imbuhan. Bila najib umum imbuhan besar berderet deret yg sebelum ni susah nak menang di sukan olimpik tu tetiba je menang ala mee segera. Ajaib betul. Nak imbuhan rupanya ingatkan semangat kesukanan tinggi.
Quote AyaqMeloSuam 29-11-2017 09:49 AM
You Go Datuk LCW !!!!!! {:hooray {:hooray {:hooray {:hooray
Quote Jorja 29-11-2017 11:03 AM
SEMUA orang akan jadi tua lah. Tak payahlah nak mgejek. at least masa muda datuk ada contribute jua yg mgkritik tu? Cer main entah2 pegang reket pun fail. Tu lah I tak suka join sukan ni biarlah jadi bakat terpendam aja. Coz org cuma selalu cari yg negatif walaupun atlet da banyak sumbang
Quote tombolpintu 29-11-2017 12:45 PM
Sumer kejohanan nak harap dia je main memang la...negara lain banyak pelapis. Kesian jugak dia...
Quote yangsemb 17-12-2017 03:25 PM
Bravo Dato{:iwant

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.102140 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top