CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belakang Badan Ditikam Kerambit

27-8-2013 03:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5707| Komen: 22



TAMPIN – Seorang lelaki cedera di bahagian belakang badannya selepas ditikam dengan senjata tajam ketika dalam perjalanan dari Gemencheh untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ulu Rokan, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, mangsa berusia 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 125 seorang diri sebelum motosikalnya dihalang sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Sumber berkata, selepas perjalanan mangsa dihalang, empat lelaki bertopeng turun dari kereta lalu menyerang mangsa dan ada di antara suspek membawa senjata tajam.

“Semasa pergelutan berkenaan, salah seorang suspek menikam bahagian belakang badan mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai kerambit. Namun, mangsa bernasib baik apabila terdapat sebuah kereta dinaiki orang awam memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian.

“Kesemua suspek yang gusar dengan keadaan itu bertindak melarikan diri sebelum kumpulan penduduk kampung datang selepas orang awam yang melalui lokasi berkenaan memaklumkan kepada penduduk yang sememangnya sedang berkumpul di satu lokasi,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Tampin dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

Katanya, pihak polis kini sedang giat mengesan empat suspek berkenaan dan berharap individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.



Gambar hiasan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JabbaWokeez 27-8-2013 01:15 PM
Kerambit biasanya sodok kat perut mangsa. Dengan sekali sodok, usus,isu perut semua terburai keluar.
Quote petit-saconnex 27-8-2013 01:19 PM
kerambit ni senjata madura rasanya
Quote AdamBillionaire 27-8-2013 01:42 PM
petit-saconnex posted on 27-8-2013 01:19 PM
kerambit ni senjata madura rasanya

hi awak. tucing awk comel..
Quote lizaliza 27-8-2013 01:48 PM
indon yang suka bawak benda begini...
Quote nurfariezza 27-8-2013 01:59 PM
JabbaWokeez posted on 27-8-2013 01:15 PM
Kerambit biasanya sodok kat perut mangsa. Dengan sekali sodok, usus,isu perut semua terburai keluar.

owhh scary nye bce ayt ko...


Quote MissNigga 27-8-2013 02:03 PM
panjang lagi umur lelaki nie ....

kalo tak dok kete lalu, makin bertambah ler list kes bunuh berlaku kat meleysia
Quote airfilterbersih 27-8-2013 02:06 PM
AdamBillionaire posted on 27-8-2013 01:42 PM
hi awak. tucing awk comel..

Hai gayboy...

cc : @noor2  
Quote shamsadis 27-8-2013 02:11 PM
kerambit....dalam logo komando 69 kan ada
Quote whadda 27-8-2013 02:12 PM
teringat saadiah belakon cite hang tuah yg bekaler menari sambil pegang kerambit...
Quote noor2 27-8-2013 02:12 PM
kerambit ni kecik je ya....yang bawak senjata tajam ni memang samseng....
Quote mitnick 27-8-2013 02:15 PM
macam2 jenis senjata diorg pakai. dari pistol hingga kerambit.
Quote mjla 27-8-2013 02:15 PM
Hilang kes tembak depa main kerambit plak...
Quote the_killer 27-8-2013 02:17 PM
kerambit asal dari sumatera barat....ummah Minangkabau,batak, mentawai tak silap....
Quote petit-saconnex 27-8-2013 02:31 PM
AdamBillionaire posted on 27-8-2013 01:42 PM
hi awak. tucing awk comel..

haro. yolah dia memang comel.
Quote mirkl 27-8-2013 02:45 PM

kat US femes kerambit skrg ni ..  
Quote pestol 27-8-2013 03:21 PM
JabbaWokeez posted on 27-8-2013 01:15 PM
Kerambit biasanya sodok kat perut mangsa. Dengan sekali sodok, usus,isu perut semua terburai keluar.

[youtube]D2IdDPogh_A[/youtube]

da terburai cm ni
Quote AdamBillionaire 27-8-2013 04:40 PM
petit-saconnex posted on 27-8-2013 02:31 PM
haro. yolah dia memang comel.

kucing awk ke kucing jepun tu? rasa nye ada kucing jepum muka cmni.. kuat tido..
Quote petit-saconnex 27-8-2013 04:42 PM
AdamBillionaire posted on 27-8-2013 04:40 PM
kucing awk ke kucing jepun tu? rasa nye ada kucing jepum muka cmni.. kuat tido..

ntahlah. kucing jepun kot. satni ada yang kena cantas sebab off topic
Quote AdamBillionaire 27-8-2013 04:45 PM
petit-saconnex posted on 27-8-2013 04:42 PM
ntahlah. kucing jepun kot. satni ada yang kena cantas sebab off topic

ohh ok2.. aku fikir kucing kau. baru nk ngurat kucing kau tucing aku dh mati tinggal baka kampung dan mix je..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041273 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top