TAMPIN – Seorang lelaki cedera di bahagian belakang badannya selepas ditikam dengan senjata tajam ketika dalam perjalanan dari Gemencheh untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ulu Rokan, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, mangsa berusia 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 125 seorang diri sebelum motosikalnya dihalang sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.
Sumber berkata, selepas perjalanan mangsa dihalang, empat lelaki bertopeng turun dari kereta lalu menyerang mangsa dan ada di antara suspek membawa senjata tajam.
“Semasa pergelutan berkenaan, salah seorang suspek menikam bahagian belakang badan mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai kerambit. Namun, mangsa bernasib baik apabila terdapat sebuah kereta dinaiki orang awam memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian.
“Kesemua suspek yang gusar dengan keadaan itu bertindak melarikan diri sebelum kumpulan penduduk kampung datang selepas orang awam yang melalui lokasi berkenaan memaklumkan kepada penduduk yang sememangnya sedang berkumpul di satu lokasi,” katanya.
Sumber berkata, suspek yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Tampin dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.
Katanya, pihak polis kini sedang giat mengesan empat suspek berkenaan dan berharap individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Kerambit merupakan jenis senjata asli Minangkabau, termasuk senjata khas andalan yang sangat berbahaya. Dalam bahasa Minangkabau disebut "kurambik".
Sabitan senjata kerambit apabila terkena tubuh lawan, nampak dari luar macam luka siatan kecik, tapi bisanya yang berada dalam bahagian badan boleh menyebabkan maut akibat urat2 yang terputus. Kalau terkena perut, usus akan terpotong atau terkelar di dlm. Terdapat 2 jenis kerambit, yaitu kerambit jantan dan kerambit betina. Senjata kerambit jantan bentuknya besar (selalunya diguna oleh kaum lelaki Minang), sedangkan yang betina bentuknya kecil dengan hujung gagang berlubang (selalunya diguna oleh kaum wanita Minang). Kerambit betina mudah disorok dalam tangan atau dalam sanggul rambut tanpa dilihat oleh pihak lawan.
senjata ini amat terkenal bahayanya hingga dikaji dan digunakan dalam komando ketenteraan Amerika dan Russia.
ini la kerambit erk parah oh klu kna..mana dpt tah
Abe faizey husen kita pun main kerambit dley BUNOHAN