Wanita sinonim dengan kecantikan. Pelbagai petua, amalan tradisional serta tip boleh dipraktikkan dan dimanfaatkan bagi memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.
Dan anda mungkin tidak akan percaya sekiranya kemenyan yang sinonim dengan kematian atau digunakan bagi tujuan perubatan tradisional memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan. Memetik MalaysiaGazette, pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. memperkenalkan kebaikan kemenyan dalam salah satu produknya iaitu Miracle White Beauty Balm SPF35 yang mengandungi pati kemenyan. Wah, berani betul dia mengambil risiko menggunakan kemenyan dalam produknya. Tak takut persepsi negatif orang ramai ke? “Hasil kajian mendapati kemenyan berfungsi dengan dua cara, antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya sangat menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat. “Pati kemenyan itu sendiri pula memiliki ciri-ciri antiseptik membuatkan ia menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk dan lain-lain. Masyarakat luar memang guna pati kemenyan untuk kecantikan cuma kita yang bakar kemenyan,” katanya. Selain itu, kemenyan digunakan dalam perawatan kuno dan digelar sebagai raja penawar, sekali gus membantu memanjangkan jangka hayat produk tanpa bahan pengawet yang banyak. “Pati kemenyan mempunyai kesan antiseptik, membantu menegangkan dan mencerahkan putih kemerah-merahan pada kulit. Pati kemenyan juga tutup pori-pori dan memudarkan jeragat,” katanya. Dr Irma kata, baik lelaki mahupun wanita boleh guna kemenyan untuk perawatan siang dan malam kerana ia tak melekit. Macam mana? Tertarik nak mencuba rawatan kecantikan menggunaan kemenyan pula? - CARI
|
23
Bagus |
25
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 20-11-2017 07:09 PM
Kemenyan ni diperbuat daripada apa?? Kenapa sering dikaitkan dengan unsur2 mistik?
mummyAS91 replied at 20-11-2017 12:16 PM
bau dia sangat menakutkan ...tapii tak boleh sangkal kebaikan dia...salah satu kebaikan utk r ...
chinta89 replied at 20-11-2017 12:44 PM
makcik jiran sebelah rumah ak dulu, tetiap masa bau kemenyan. ak plk naik seram sejak dia pindah ke ...
iznanaziz replied at 26-11-2017 12:58 AM
ko tido malam, tak rasa apa2 ke?
iznanaziz replied at 26-11-2017 12:56 AM
buat camana kemenyan tu nak ilangkan sakit kepala?
chinta89 replied at 26-11-2017 11:20 AM
mula2 mmg terasa mcm..... mcm ape yg ko pikir lah mcm2 rse weiii
lama2 dh makan mas ...
ADVERTISEMENT