CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rai Kelahiran 'Adik' Baru - Netizen Tercuit Hati Dengan Ucapan Proton Kepada Perodua Ini..

17-11-2017 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9072| Komen: 28|Original author: Oleh: Adib Za

Model kereta Myvi terbaharu keluaran Perodua nampaknya telah mencatatkan fenomena tersendiri.

Di sana sini semuanya berbicara tentang kehebatan kereta yang mendapat sentuhan rekaan anak tempatan itu.


Wah, memang mengagumkan. Tidak terhenti setakat itu, dikatakan sejak tempahan dibuka baru-baru ini, sudah lebih 5,000 unit yang ditempah!


Begitulah antara penangan yang sukar dinafikan lagi terhadap kereta jenis kompak ini. Sebelum ini pun Myvi menjadi kereta buatan tempatan terlaris di pasaran. 

Namun, agaknya bagaimana reaksi 'saudara' kepada Perodua, iaitu siapa lagi kalau bukan Proton?

Adakah Proton berasa tercabar dengan pengeluaran Myvi terbaharu ini. Tunggu dulu, rupanya mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan tahniah kepada Myvi.



Menerusi laman Facebook Proton Cars, ucapan tahniah atas kelahiran 'adik' baru kepada Proton Iriz diberikan dengan promosi hebat!

"Kami ingin raikan kelahiran adik baru dengan menawarkan tawaran yang hebat.

"Kunjungi pusat jualan Proton yang terdekat hari ini."

Memang agak mencuit hati sebenarnya ucapan ini. Ini kerana turut menawarkan promosi kaw-kaw punya dan yang untungnya ialang pengguna sendiri.

Netizen turut memberikan komen positif dan mereka nampaknya menyatakan rasa kesetiaan kepada kereta nasional ini. 



Dalam masa yang sama, Proton turut mengeluarkan iklan ucapan tahniah dalam akhbar The Star.

Menggelarkan diri sebagai 'sang Juara' ia turut menunjukkan kejayaan Proton Iriz dan Suprima S yang menjuarai Perlumbaan Sepang 1000 km. 


Apa pula pendapat anda? Yang mana satu pula jadi pilihan kalian? - CARI 
14

Bagus
19

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aziiiperempuan 17-11-2017 07:38 PM
cute je  saya pilih produa
Quote Clan204 17-11-2017 10:06 PM
koi ada proton exora dan perodua axia... semenjak petrol naik mencanak canak... memang axia pilihan terbaik... atas sebab itu koi hanya menggunakan honda future shj untuk pergi kerja
Quote adelia87 17-11-2017 10:07 PM
kreatif ni bagi ucapan. ada makna
Quote prettyuglybabe 18-11-2017 01:12 AM
masing-masing ada keistimewaan sendiri..
proton bagus pada safety..
perodua bagus pada performance..
so tepuk dada tanya poket..
Quote debab76 18-11-2017 08:38 AM
proton makan minyak. kopak poket meols!
Quote ms.engine 18-11-2017 10:20 AM
Proton waja mak i paling sedap bawa.. 170 kt hiway pn steady je
Myvi pn sama laju mencicit

Quote netto_ 18-11-2017 10:23 AM
Caya la proton, sempoi je. Xde ke sape2 bukak tered mybi ni ek?
Quote skinskin 18-11-2017 11:04 AM
iols nk bli keta taun dpn.. samada iriz or myvi.. iols nk riki2 dlu hhlihi
Quote deltoid 18-11-2017 12:46 PM
I likeeeeeeee
Quote Konahhh 18-11-2017 03:38 PM
Ucapan ada makna tu {:hooray btw kan bagus macamni, ala2 iklan orang putih, sakat menyakat hehe
Quote emelia1509 18-11-2017 03:44 PM
Proton ke perodua ke masing2 ada kelebihan masing2..Ikut la selera nak yang mane..
Iriz mmg x nafi kan safety meletop..
Tapi design cun lagi myvi baru ni..
Quote Ferr_Remy 18-11-2017 03:50 PM
Iols pun konpius Myvi bru or Iriz.
Quote Zep 18-11-2017 04:21 PM
Tadi dah tengok myvi baru ni kat showroom. ok menarik, design philosophy ada. cabin nampak premium & berbau jepun. tempat duduk penumpang belakang luas.

Yang nak beli iriz vs myvi tu pi test drive dua2 dulu baru buat pilihan. masing2 ada kelebihan sendiri. iriz menang bab ride and handling dia mmg tak boleh dipertikaikan lagi. terima kasih jelah dekat lotus. body iriz lagi kukuh tegap, highway mmg sedap .

Myvi baru ni pulak features and safety terbaik. cabin ranggi, preference cantik, durability. ride tak boleh komen sbb tak test drive lagi.

Saya pengguna Persona 2016, bila myvi baru ni keluar ada rasa ralat skit kalau la tunggu setahun sebelum myvi baru ni keluar. tapi tadi bila tengok review kat youtube myvi baru ni tadi, ok lah hilang skit rasa ralat tu...

Quote shinoda_21 18-11-2017 08:08 PM
saya baru beli axia 2017 bln 7 hari tu.ms nk beli,salesman pujuk suruh beli myvi model lama sbb perodua nak habis kan stok,xnak keluar kan myvi lagi.kata nye la.tapi masa tu pikir,axia teknologi lagi baru n jimat myk.so pilih la axia.tup2 keluar plak myvi baru yg lagi cun.ralat la jgk.selisih berapa bln je.tapi tgk berita myk makin naik,xjadi menyesal
Quote MyNameIsIris 18-11-2017 08:23 PM
Yeye sila beli saya... iris eh iriz
Quote MyNameIsIris 18-11-2017 08:26 PM
netto_ replied at 18-11-2017 10:23 AM
Caya la proton, sempoi je. Xde ke sape2 bukak tered mybi ni ek?

Jap aku jawab soalan kau pasal myvi baru tu kat sinilah eh

Aku dah pakai myvi 10 tahun, kau suruh aku beli myvi lagi? Takkan seumur hidup nak pakai myvi... huwaaaaa (nangis)
Tapi aku tak plan nak beli kereta buat masa ni. Tunggu lah 1-2 tahun lagi.. aku nak enjoy hidup tanpa loan
Quote onexox97 18-11-2017 08:44 PM
saya ada dua perodua
viva dan alza
walaupun masa beli alza ada defect
walaupun sentiasa rasa teringin dengan prestasi proton tapi masih setia dengan perodua kot
Quote netto_ 18-11-2017 11:42 PM
MyNameIsIris replied at 18-11-2017 08:26 PM
Jap aku jawab soalan kau pasal myvi baru tu kat sinilah eh

Aku dah pakai myvi 10 tahun, kau sur ...

Hahaha betul jgk. Da mcm ketuanan maibi plak ko. Nk jgk rase kete lain kan. Aku nk tgk dulu maibi baru ni cane performance. Canggih beno tgknye.
Quote goss79 19-11-2017 12:41 AM
Hehehehe comel je proton. Camni lah bersaing secara sihat gittew

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045799 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top