Golongan muda di negara ini semakin terperangkap dengan kad kredit. Berdasarkan laporan Bank Negara, 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap ialah mereka yang berusia bawah 30 peratus.
Hidup ikut kemampuan atau ‘live within your means’ bukan semudah yang diucapkan. Masa sebab itulah, masih ramai yang terperangkap dalam situasi hutang meski pun cuba hidup sederhana. Hal ini kerana pendapatan yang kecil melebihi kos sara hidup yang lebih tinggi. Hingga memerlukan ‘bantuan’ kad kredit sebagai talian hayat khususnya minyak dan tol. Kemudian terjebak dengan benda-benda lain. Salah satu cara yang sering difikirkan untuk menyelesaikan hutang ialah dengan mencari sumber pendapatan yang lebih tinggi. Namun hakikatnya,usah menyangka bahawa dengan gaji atau pendapatan yang banyak, maka hutang anda akan selesai. Percayalah semakin tinggi pendapatan, semakin besar hutang anda. Tambah Pendapatan & Kawal Perbelanjaan Jadi, tidak kira di mana pun kedudukan kewangan anda, mengawal perbelanjaan adalah jawapannya. Rancangan kewangan atau bajet adalah cara terbaik untuk memastikan anda dapat hidup mengikut kemampuan anda. Orang kaya pun kena kawal perbelanjaan kerana dugaan untuk mereka memiliki barang mewah juga tinggi. Setinggi manapun gunung, kalau hari-hari ditarah, susut juga. Jika anda ada masalah untuk hidup mengikut kemampuan dan bebas hutang, di sini ada beberapa panduan buat anda. 5 tip bagaimana anda dapat hidup mengikut kemampuan: 1. Tahu perbelanjaan dan pendapatan anda Buat satu senarai apa yang keluar dan apa yang masuk. Jangan lupa bil yang datang setahun sekali, contohnya insurans kereta, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya. Setiap bulan perlu ada simpanan lebih untuk membayar bil tahunan ini. 2. Kawal Perbelanjaan Anda Anda perlu ada matlamat untuk membolehkan ada mengawal perbelanjaan. Pendapatan sebulan tidak boleh dihabiskan begitu sahaja tanpa dapat dikesan ke mana perginya dia. Dengan adanya matlamat, misalnya untuk menyediakan tabung kahwin, deposit rumah baru atau mahu mengerjakan haji/umrah dan sebagainya. Anda perlu mengenepikan beberapa peratus daripada pendapatan anda untuk tujuan itu selama beberapa tahun. Usah gunakan kad kredit atau berhutang untuk tujuan di atas. 3. Pecahkan keperluan dan keinginan Ada kalanya kita dapat durian runtuh tapi ia habis dalam sekelip mata kerana kita gunakan duit itu untuk perkara yang bukan menjadi asset. Misalnya kita membeli pakaian, perabot, kereta baru atau perhiasan yang tidak ada nilai semula. Jadi, untuk mengawal wang anda daripada terus mengalir ke longkang, kembalilah pada asas. Makan, tinggal dan berpakaian mengikut keperluan sahaja. Makan nasi untuk kenyang. Jadi anda boleh makan steak sebulan sekali. Tidak perlu makan makanan mahal setiap hari meskipun anda mampu. Begitu juga dengan memakai kereta lama yang masih elok dan bebas hutang berbanding membeli kereta baru dengan hutang baru. Kereta tujuannya untuk membawa anda ke tempat kerja dan pulang ke kampung. Itu adalah asas. 4. Usah Bersaing Di facebook, ada rakan anda baru pulang dari Balkan. Manakala jiran anda pula sedang berangkat ke London. Kakak anda pula baru balik dari Lombok. Adik ipar baru tukar kereta baru. Bos anda baru guna Note 8. Anda mula resah. Tahun ini anda tidak ke mana-mana pun. Telefon masih lagi lagi Note 3 yang dah buruk. Sabar! Usah cuba bersaing. Anda adalah diri anda. Anda ada rancangan sendiri. Kewangan orang lain berbeza dengan kewangan anda. Jadi, kekal dengan rancangan anda sendiri. Usah terpengaruh. Anda ada anak-anak yang sedang bersekolah yang lebih memerlukan perhatian dan peruntukan kewangan. Masa anda akan tiba juga nanti. Bersabarlah. Paling penting anda tetap hidup tenang, bahagian tanpa hutang mengejar anda setiap hari. 5. Bayar Tunai Bila anda ada duit, jangan bazirkan. Segera selesaikan hutang-piutang dulu dan simpan sedikit untuk tabung tertentu dan kecemasan Lebihannya barulah anda belanja sedikit untuk menghargai diri dan keluarga. Cubalah untuk beli kereta secara tunai (kereta terpakai) dan jika boleh carilah rumah yang hampir dengan tempat kerja kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang. Dengan kemudahan kad debit, sebaiknya ada tutup sahaja akaun kad kredit anda. Gunting terus supaya anda tidak dapat menggunakannya. Itu sahaja cara terbaik untuk mengelakkan anda menggunakan kad kredit. Demikianlah 5 saranan saya untuk anda yang cuba hidup bebas hutang. Bila anda sudah tidak perlu membayar hutang yang besar, barulah anda akan rasa nikmat sebenarnya hidup tanpa hutang. Lebih cantik pada masa yang sama pendapatan anda bertambah. Anda akan ada lebihan untuk perkara-perkara lain seperti melancong dan melabur. Cuma bil utiliti, telefon, siasaran tv berbayar, intenet dan insurans masih tetap perlu dibayar setiap bulan. Selagi kita mahu hidup selesa di Malaysia ini, semua bil ini memang tak dapat dielakkan. Nampak seperti kita yang kurus kering ni terpaksa memberi makan pada gergasi gemuk kan? Kalau anda ada cara untuk mengurangkannya boleh kongsikan di ruangan komen. |
14
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rogayahtop replied at 16-11-2017 10:31 PM
tip2 tu untuk kita la praktikkan. zaman gst minyak naik hari rabu ni mmg kena berjimat. apa2 skil y ...
Jorja replied at 24-11-2017 12:19 AM
Tapi kalau suka buat solat tahajud murah rezeki ya.. lepas tahajud zikir banyak2 ya hayyu ya qayyum, ...
ADVERTISEMENT