View: 3868|Reply: 20
|
Bagaimana Mahu Sesuaikan Gaya Hidup Dengan Pendapatan?
[Copy link]
|
|
Golongan muda di negara ini semakin terperangkap dengan kad kredit. Berdasarkan laporan Bank Negara, 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap ialah mereka yang berusia bawah 30 peratus.
Hidup ikut kemampuan atau ‘live within your means’ bukan semudah yang diucapkan. Masa sebab itulah, masih ramai yang terperangkap dalam situasi hutang meski pun cuba hidup sederhana. Hal ini kerana pendapatan yang kecil melebihi kos sara hidup yang lebih tinggi. Hingga memerlukan ‘bantuan’ kad kredit sebagai talian hayat khususnya minyak dan tol. Kemudian terjebak dengan benda-benda lain.
Salah satu cara yang sering difikirkan untuk menyelesaikan hutang ialah dengan mencari sumber pendapatan yang lebih tinggi. Namun hakikatnya,usah menyangka bahawa dengan gaji atau pendapatan yang banyak, maka hutang anda akan selesai. Percayalah semakin tinggi pendapatan, semakin besar hutang anda.
Bagaimana Mahu Sesuaikan Gaya Hidup dengan Pendapatan?
Tambah Pendapatan & Kawal Perbelanjaan
Jadi, tidak kira di mana pun kedudukan kewangan anda, mengawal perbelanjaan adalah jawapannya. Rancangan kewangan atau bajet adalah cara terbaik untuk memastikan anda dapat hidup mengikut kemampuan anda.
Orang kaya pun kena kawal perbelanjaan kerana dugaan untuk mereka memiliki barang mewah juga tinggi. Setinggi manapun gunung, kalau hari-hari ditarah, susut juga.
Jika anda ada masalah untuk hidup mengikut kemampuan dan bebas hutang, di sini ada beberapa panduan buat anda.
5 tip bagaimana anda dapat hidup mengikut kemampuan:
1. Tahu perbelanjaan dan pendapatan anda
Buat satu senarai apa yang keluar dan apa yang masuk. Jangan lupa bil yang datang setahun sekali, contohnya insurans kereta, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya. Setiap bulan perlu ada simpanan lebih untuk membayar bil tahunan ini.
Bagaimana Mahu Sesuaikan Gaya Hidup dengan Pendapatan?
2. Kawal Perbelanjaan Anda
Anda perlu ada matlamat untuk membolehkan ada mengawal perbelanjaan. Pendapatan sebulan tidak boleh dihabiskan begitu sahaja tanpa dapat dikesan ke mana perginya dia. Dengan adanya matlamat, misalnya untuk menyediakan tabung kahwin, deposit rumah baru atau mahu mengerjakan haji/umrah dan sebagainya.
Anda perlu mengenepikan beberapa peratus daripada pendapatan anda untuk tujuan itu selama beberapa tahun. Usah gunakan kad kredit atau berhutang untuk tujuan di atas.
3. Pecahkan keperluan dan keinginan
Ada kalanya kita dapat durian runtuh tapi ia habis dalam sekelip mata kerana kita gunakan duit itu untuk perkara yang bukan menjadi asset. Misalnya kita membeli pakaian, perabot, kereta baru atau perhiasan yang tidak ada nilai semula.
Jadi, untuk mengawal wang anda daripada terus mengalir ke longkang, kembalilah pada asas. Makan, tinggal dan berpakaian mengikut keperluan sahaja. Makan nasi untuk kenyang. Jadi anda boleh makan steak sebulan sekali. Tidak perlu makan makanan mahal setiap hari meskipun anda mampu.
Begitu juga dengan memakai kereta lama yang masih elok dan bebas hutang berbanding membeli kereta baru dengan hutang baru. Kereta tujuannya untuk membawa anda ke tempat kerja dan pulang ke kampung. Itu adalah asas.
Bagaimana Mahu Sesuaikan Gaya Hidup dengan Pendapatan?
4. Usah Bersaing
Di facebook, ada rakan anda baru pulang dari Balkan. Manakala jiran anda pula sedang berangkat ke London. Kakak anda pula baru balik dari Lombok. Adik ipar baru tukar kereta baru. Bos anda baru guna Note 8. Anda mula resah. Tahun ini anda tidak ke mana-mana pun. Telefon masih lagi lagi Note 3 yang dah buruk.
Sabar! Usah cuba bersaing. Anda adalah diri anda. Anda ada rancangan sendiri. Kewangan orang lain berbeza dengan kewangan anda. Jadi, kekal dengan rancangan anda sendiri. Usah terpengaruh. Anda ada anak-anak yang sedang bersekolah yang lebih memerlukan perhatian dan peruntukan kewangan.
Masa anda akan tiba juga nanti. Bersabarlah. Paling penting anda tetap hidup tenang, bahagian tanpa hutang mengejar anda setiap hari.
5. Bayar Tunai
Bila anda ada duit, jangan bazirkan. Segera selesaikan hutang-piutang dulu dan simpan sedikit untuk tabung tertentu dan kecemasan Lebihannya barulah anda belanja sedikit untuk menghargai diri dan keluarga.
Cubalah untuk beli kereta secara tunai (kereta terpakai) dan jika boleh carilah rumah yang hampir dengan tempat kerja kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang.
Dengan kemudahan kad debit, sebaiknya ada tutup sahaja akaun kad kredit anda. Gunting terus supaya anda tidak dapat menggunakannya. Itu sahaja cara terbaik untuk mengelakkan anda menggunakan kad kredit.
Bagaimana Mahu Sesuaikan Gaya Hidup dengan Pendapatan?
Demikianlah 5 saranan saya untuk anda yang cuba hidup bebas hutang. Bila anda sudah tidak perlu membayar hutang yang besar, barulah anda akan rasa nikmat sebenarnya hidup tanpa hutang.
Lebih cantik pada masa yang sama pendapatan anda bertambah. Anda akan ada lebihan untuk perkara-perkara lain seperti melancong dan melabur.
Cuma bil utiliti, telefon, siasaran tv berbayar, intenet dan insurans masih tetap perlu dibayar setiap bulan. Selagi kita mahu hidup selesa di Malaysia ini, semua bil ini memang tak dapat dielakkan. Nampak seperti kita yang kurus kering ni terpaksa memberi makan pada gergasi gemuk kan? Kalau anda ada cara untuk mengurangkannya boleh kongsikan di ruangan komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Iyelatuu tau ja
Nak merealisasikan tips tu yg susah |
|
|
|
|
|
|
|
Teori mmg semua handal. Praktikal yg susah |
|
|
|
|
|
|
|
tip2 tu untuk kita la praktikkan. zaman gst minyak naik hari rabu ni mmg kena berjimat. apa2 skil yg boleh menaikkan ekonomi kiter patut diamalkan. dulu2 nak masak tiap2 hari tak sempat so akak duk pikir cara nak jimat duit lgk. husb suggest buat dessert siap2 letak dlk fridge. lepas tu dia tolong masak telur utk seminggu. akak balik keje masak nasi dgn dua lauk . tiap2 hari telur sambal telur kari. minggu depannya shredded chicken. tak bosan pasal siang dah makan lain so satu menu sama seminggu.
bulan pertama kitorang buat tu save dah nak 500. akak kira2 kalau tak makan luar langsung time dinner, family 4 org boleh save 1200 sebulan. lunch tu mkn mcm biasa. kalau dua2 puasa mmg boleh berjimat lg tapi tak kuasa la pulak
semoga kolumnis terus tulis artikel ilmiah mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nombor 4 tu orang kampung mana faham |
|
|
|
|
|
|
|
bagilah 400 tips pun, belum tentu 40 orang mampu melakukannya... |
|
|
|
|
|
|
|
sembang teori babi pun boleh terbang koserrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
No. 4 tu. Kadang2 orang upload pic travel merata2 ke, carry designer bags ke, or beli kereta baru ke sebab excited nak share, tapi at the same time boleh buat orang lain rasa inferior.
Kesimpulannya kurangkan la masa untuk view socmed orang ni. Hati pun lagi tenang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ukur baju di badan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ekonomi meleset ni mmg kene betol2 nak makan kat luar atau tidak...sekali sekala xpa... kat luar makan kene service charge+gst.. tu yg jd mahai...tp percayalah ralyat malaysia xterkesan pon..hahaha... depa pakat2 shopping sakan sgt bila time diskaun ka..time nak raya..time dpt gaji. Time dpt bonus...kalau tgk kalau ade pesta penoh org... |
|
|
|
|
|
|
|
Hutang aku kereta ja. Akan datang hutang rumah pla mgkin tahun depan.
So skg ni NO ptptn, NO credit card, NO personal loan. Hidup bebas bila hutang sikit... so boleh shopping brg sukahati. Hehehe.. Owh aku bukan jenis kejar benda2 viral dan lepak cafe hipster .. hidup aman damai |
|
|
|
|
|
|
|
Ala hari tu tgok hakak keje tol pon masih mampu pegi jalan2 Australia ok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Heran knp nak pakai kredit kad sedangkan itu pun hutang yg kena byr tiap bulan sekali dgn interest. Baik pki debit kad gaji swipe la ko smpi licin gaji ko asal xpk hutang dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misc at 19-11-2017 11:46 AM
bagus artikel ni as a guideline budak2 bbnu baru pgg duit sendiri dan baru nak membina rumahtangga.
My personal opinion aku prefer beli keta baru yg less maintenance cost. Kereta 2nd hand tak la murah sgt sekarang ni. Tapi boleh menjejaskan emosi part maintainance tu.
Credit Card sgt perlu utk aku yg makan gaji tetap. Tapi betulkan niat la. strictly utk emergency. kalau nak beli brg online pun senang dan lebih jimat beli online. Yang penting monthly payment mesti tiptop:
1-MESTI bayar BEFORE DUE DATE
2-MESTI bayar FIXED amount
3-MESTI bayar LEBIH dari Mininum Payment
Let's say minimum payment RM100, Bayar la Fixed amount RM200-300. So kalau terbeli online apa2 bulan tu still montly budget nak byr credit card tak lari.
Anyway org yg cash rich dan yg ada side/extra income dari business maybe tak setuju dgn credit card. So korang guna je la debit card tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
credit card tu kalau pandai manage ok je.
setakat ni iols takpenah lagi kena bayar interest sbb sentiasa setelkan statement amount before due.
kan ada 20hari interest free tu, so setel la sblm dateline
iols pakai credit card dari zaman gaji ciput cukup2 makan, saving 50-100 je sebulan sampai la sekarang gaji dah ok sikit, boleh saving lebih sikit, ada emergency fund, boleh bukak fund utk rumah/kereta/hanbag/holiday/etc
dia antara ko keras hati ataupun ikut rasa hati, tu je
pastu iols bukanlah cheapskate sgt sampai tak beli hanbag2, tak gi holiday, tak tuko hp
tapi benda2 tu kan boleh dirancang.
TAPI kalau rasa diri tu jenis tak boleh manage, tak payah la mula dgn cc
guna je debit card
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau suka buat solat tahajud murah rezeki ya.. lepas tahajud zikir banyak2 ya hayyu ya qayyum, kalau selalu sanggup bangun malam tahajud pasti banyak rezeki $$$ masuk..cuma kena kerja n usaha juga lah.... so adik2 yg tgh financial problems tu bila lagi nak buat... jangan kata buat dhuha aja cukuplah.. tahajud special sikit bukan semua sanggup bangun buat |
|
|
|
|
|
|
|
yerrr betulll tu..
nak murah rezeki bukan setakat berusaha berdoa pun kena rajin
kalau selalu solat tahajud bukan sja murah rezeki segala urusan juga dipermudahkan..InnsyaAllah..
dr pengalaman sendiri
pernah lalui waktu2 yg sgt sukar...lebih kurang antara hidup dn mati..
bukan setakat kena cerai..lbih teruk dr itu pun ada..
aku bukan org senang..biasa2 jerk..sebatang kera, bersyukur aku ada keje
Allhamdulillah...Allah sentiasa beri jalan dn rezeki tanpa diduga walaupun ditimpa musibah
|
|
|
|
|
|
|
|
budak-budak zaman skrg ni apa pun tak boleh...nak keje senang , tapi nak gaji beso. Lepas tu carik pulak cara buat duit paling cepat. Masuk skim cepat kaya...duit pun abis..itu la melayu...haaihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kheennn...mmg susah nk mempraktikkan. Good tips though
{:smile |
|
|
|
|
|
|
| |
|