Seorang ibu berusia 83 tahun dikenakan hukuman tergantung selama tiga tahun atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU).
Huang membunuh anaknya Li yang berusia 46 tahun itu dengan memberikannya makan kira-kira 60 biji ubat tidur sebelum mencekiknya menggunakan skaf sutera, sambil menekap hidungnya menggunakan pad kapas. Beijing Youth Daily melaporkan, wanita terbabit mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat anaknya kerana bimbang tiada siapa akan menjaga Li selepas dia meninggal dunia nanti. “Saya semakin tua dan lemah, mungkin akan meninggal dunia sebelumnya. Idea untuk membunuhnya terlintas kira-kira seminggu sebelum (pembunuhan) dan ia bukan keputusan yang mudah dicapai."
Selepas membunuh, Huang terus serah diri kepada polis. Mahkamah di Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong mendapati Huang bersalah atas pembunuhan namun memberikan pertimbangan berdasarkan keadaan yang dihadapinya. Menurut sumber lagi, Huang turut menulis sekeping nota bahawa semua itu adalah perbuatannya dan sama sekali tidak berkaitan dengan orang lain. Semasa ditanya pendakwa raya di mahkamah mengapa dia tidak menyerahkan Li untuk dijaga oleh abangnya, Huang mengatakan dia tidak mahu menyusahkan abangnya. -CARI |
4
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Saya tidak pernah berputus asa dengan dia. Dia anak saya
Madel replied at 2-11-2017 10:31 AM
Kenapa tak mati sama2 je..kan lebih senang..apa jenis hukuman tergantung selama 3 tahun.?..dibiar ne ...
ADVERTISEMENT