CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Pukul Isteri Kuat Membebel, Suami Masuk Penjara

2-11-2017 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4884| Komen: 24

Description: Bahana pukul isteri, seorang tukang rumah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.
Bahana pukul isteri, seorang tukang rumah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Menurut laporan Kosmo,  Harun Talib, 56, memukul isteri pertamanya itu hingga cedera di bibir gara-gara mangsa kerap membebel.


Mengikut pertuduhan, Harun didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bibir isterinya, Miss Maehyae Sani, 53, di sebuah rumah di Lot 280, Jalan Sri Cemerlang di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 28 Oktober lalu.

Foto: Harian Metro
Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul mangsa beberapa kali di kepala dan muka menggunakan tangan sebelum dihalang oleh jirannya.

Hasil sisatan mendapati mangsa kerap membebel selepas tertuduh tidak adil dalam membahagikan masa bersama mangsa dan isteri keduanya.


Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahan selain perlu menyara anak dan dua isteri.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa selepas dipukul berkali-kali. -CARI

20

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-11-2017 04:54 PM
'membebel...membebel'.....
Quote barfi 2-11-2017 05:12 PM
Padan muka ko pakcik. Tak cukup 2 rumah. Terpaksa ko meringkuk di rumah ketiga plak
Quote Jorja 2-11-2017 07:50 PM
Perempuan dah berlaki jangan suka membebel nanti laki kahwin baru lagi.. sama juga perempuan dah bermadu jangan suka membebel nanti laki pukul
Quote CiliPadiSedap 2-11-2017 09:34 PM
Presdint andartu sedunia @ifanonline berasa bangga andartu xterlibat keganasan rumah tangga

Kalau tiasa aral melintang, 2 november setiap tahun adalah cuti umu m andartu sedunia..
Quote jazaa100 2-11-2017 11:00 PM
Bangangnya bini dia....

Bior le dia nk pi rumah bini ke2 lelama...kau relax je kat rumah....kau pun nk melekap jugak....
Quote MissVixen 2-11-2017 11:05 PM
Jorja replied at 2-11-2017 07:50 PM
Perempuan dah berlaki jangan suka membebel nanti laki kahwin baru lagi.. sama juga perempuan dah ber ...

Perempuan jadi tunggul kayu je.
Suami tak adil pasrah je. Suami mengatal, diam je.
Quote dani-rox 2-11-2017 11:09 PM
padan muka ko tension kena bebel binik. harap first wife membebel lagi dan lagi sampai pakcik tuh lari masuk hutan.
Quote sehirkedi 2-11-2017 11:55 PM
Tukang umah pun gigih berbini 2 pastu tak adil pulak tu. Bini 1st jugak yg kena pukul sbb luahkan isi hati tak dilayan dengan adil... Rambut dah putih semua atok oiii..harap insaf dengan kadar segera..sebelum dijemput ke dalam liang lahad..
Quote DARSITA 3-11-2017 12:01 AM


Bini first tu pasang jer body dok rilek jaga anak .. kepoh kepok dgn kengkawan usah diharap sgt dgn orang tua ni .. biarq pi la dia nak  dok dgn bini no.2. Lelama nanti bini no.2 pun menyampah tgk muka laki sendiri.


Quote ifanonline 3-11-2017 07:56 AM
CiliPadiSedap replied at 2-11-2017 09:34 PM
Presdint andartu sedunia @ifanonline berasa bangga andartu xterlibat keganasan rumah tangga

Kalau ...

bukan semua lelaki mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila berpoligami...

pilih lah andartu kalau mana2 lelaki nak kawin lebih dr satu...

Quote HannahMontana 3-11-2017 08:51 AM
ifanonline replied at 3-11-2017 07:56 AM
bukan semua lelaki mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila berpoligami...

pilih lah andart ...

buat apa pilih andartu jadi  bahan   lepas geram


andartu tu kategori manusia-manusia terpilih yg mampu  menhancurkan dunia hanya dgn senyuman.
Quote sarahmirza 3-11-2017 09:13 AM
jazaa100 replied at 2-11-2017 11:00 PM
Bangangnya bini dia....

Bior le dia nk pi rumah bini ke2 lelama...kau relax je kat rumah....kau p ...

Prinsipnya.... ada suami tapi takde seks buat apa?
Sia2 aje la.. baik cerai je.
Macam ex officemate I, kahwin dengan pakcik tua jadi isteri no 2.
5 tahun kahwin ada anak satu, bercerai.
Terus dia sambar lelaki bujang muda 4 tahun dari dia..
Senyum je sekarang ni
Quote ifanonline 3-11-2017 09:18 AM
HannahMontana replied at 3-11-2017 08:51 AM
buat apa pilih andartu jadi  bahan   lepas geram

andartu juga memerlukan belaian kasih sayang juga...para andartu hendak juga kulum2 mesra...knp menidakkan kebahagiaan andartu?

Quote chaotic_soul 3-11-2017 09:25 AM
haha...bagus..
Quote mdhelmi 3-11-2017 09:35 AM
kalo pasal isu poligami mmg selayaknya hayun hammer kat suami tu
nk poligami mmg kene ready semua dan yg paling asas mesti berlaku adil antara isteri2
kalo x bole nk berlaku adil baik jgn berpoligami
memalukan kaum lelaki je
Quote nurbaya 3-11-2017 10:17 AM
Belah2 kelantan terengganu ni mmg pesen gitu..bini sampai 3 4..walaupun jantan tu hanya kerja sbg tukang angkut sampah. Bukan nak menghina kerja dia pon, tp kalau berbini 3 dgn kerja gaji kecik camtu ko rasa sapa yg menanggung bini? Bini cari duit sendiri laaa...pepandai la kerja nak cari duit mkn minum.

Pastu laki bukan jenis bertanggungjawab pun..duduk lepak kedai kopi mengeteh sampai malam. Bini jenis mkn pun kat kedai. Cikgu sekolah anak 6 pun bertapau kat kedai. Pastu bising gaji tak cukup. Nak cukup guane semek kalu makan pagi lunch dinner 8 org pun berbeli...
Quote tembikai 3-11-2017 10:50 AM
Kenapa pakcik lempang bila bini membebel??
Quote mysara 3-11-2017 11:18 AM
nurbaya replied at 3-11-2017 10:17 AM
Belah2 kelantan terengganu ni mmg pesen gitu..bini sampai 3 4..walaupun jantan tu hanya kerja sbg tu ...

pompuan yg rela jadik bini no.2 dan no.3 tu sebab nak hilangkan status single je
boleh je sebenornya depa tu berdikari
tapi tau2 je le mulut masyarakat kita ni
hina bebeno agaknya jadi perempuan single
tu yg sanggup jadik 2nd hand

lepas tu kata... "dah jodohhhhhh"
sabo je le
Quote nurbaya 3-11-2017 01:41 PM
mysara replied at 3-11-2017 11:18 AM
pompuan yg rela jadik bini no.2 dan no.3 tu sebab nak hilangkan status single je
boleh je sebenor ...

Kaannnnn...kan diorang ni semua apply konsep asalkan berlaki...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top