Polis telah menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara tersebut dimaklumkan mantan perdana menteri itu melalui laman Facebooknya pada 1 November.
“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan. “Hari ini, khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) pula ditarik balik. Perjuangan tetap diteruskan,” tulisnya. Menurut The Malaysian Insight, pada 4 Mei tahun lalu, bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan khidmat pengiring trafik Dr Mahathir ditarik balik.
Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir menyertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST. “Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir . Itu adalah atas keputusan saya sebagai ketua polis negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara." -CARI
|
22
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
becir replied at 2-11-2017 08:32 AM
That's like really below the belt la jibby..too personal, tolongla jadi macho sikit
akusukaq replied at 2-11-2017 04:26 PM
Tun dah 200% pasti selamat. jadi apa perlunya pengawal peribadi , polis escot semua tu. bukan ke neg ...
Modngengade replied at 2-11-2017 04:45 PM
adakah pm kita seorang fonen yg kuat sentap? fonen CI pun lagi macho
ADVERTISEMENT