Kementerian Dalam Negeri Singapura semalam dalam satu kenyataan memaklumkan ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk dan penceramah bebas Malaysia, Ustaz Haslin Baharim tidak lagi dibenar memasuki Singapura. Memetik laporan The Sun Daily, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura. Menurut kenyataan kementerian itu, kedua-duanya dijadual berceramah di atas sebuah kapal yang belayar dari dan berakhir di Singapura pada 25 hingga 29 November ini. Kedua-duanya sebelum ini pernah memohon mendapatkan pas kerja pelbagai bagi mengadakan ceramah di Singapura, tetapi ditolak.
Ismail Menk sebelum ini dituduh mengajar ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan. Manakala, Ustaz Haslin pula menyifatkan bukan Islam sebagai ‘menyimpang’ dan memberi pandangan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian di antara orang Islam dan bukan Islam. “Mereka tidak diterima dalam konteks Singapura sebagai sebuah negara pelbagai bangsa dan agama,” kata kenyataan itu. "Ajaran kedua-dua penceramah itu bertentangan dengan nilai yang dianuti umat Islam Singapura." - CARI |
5
Bagus |
2
Marah |
1
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT