Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Apa yang anda makan hari ni untuk sarapan pagi, makan tenghari dan makan malam? Adakah apa yang dimakan itu berbaloi dengan apa yang dibayar. Kalau masak sendiri oklah tapi kalau makan di restoran adakah pelaburan makanan tu puas dengan apa yang dilaburkan?
Saya pernah ada pengalaman makan di sebuah kedai makanan nasi campur. Kedai makan nasi campur biasa bukan ada bintang pun. Tekak Melayu jadi memang nak makan tengah hari tu nak makan Masak Lemak Daging Salai. Nampak je lauk tu terus ambil bersama dengan sedikit sayur goreng dan paru goreng. Kemudian minum tu orderlah air buah nak fresh tengah-tengah panas tu kan. Masa makan tu adalah akak tu datang ke meja kira berapa harga yang kita makan, lepas dia tulis atas sekeping kertas putih tu dia selit bawah pinggan kita makan. Jadi makanlah dengan rakus kerana lapar dan makanan kat situ boleh tahan sedap dan cukup rasa. Lepas dah kenyang puas makan habis semua sekali sampai jilat jari tu pergi basuh tangan dan nak pergi bayar. Confident jer masa nak bayar tu bagi kertas putih yang akak tu tulis tadi dan sekali orang kat kaunter tu sebut RM15.50. MasyaAllah terkejut beruk. Tanya sekali lagi berapa harga yang saya makan tadi dan dia ulangi yang sama.
Punya tak percaya kepada orang tu minta balik kertas putih tu dan tengok sendiri ngan mata kepala memang terperanjat sangat harga sampai macam tu satu pinggan. Masa tu nak marah tapi sebab dah kenyang dan orang kata tak baik kalau dah makan kita nak marah-marah makanan tu nanti tak berkat jadi bayar jer lah nasib masa tu cukup duit. Tapi balik tu memang menyumpah jugalah kat kedai tu dan memang tak akan datang lagi kedai makan tu. Harga tu mahal sampai tak logik dengan apa yang kita makan bukan makan kat café hotel 5 bintang pun nak harga mahal macam tu. Korang pernah pengalaman macam tu terkena harga makanan yang sangat mahal dan melampau. Dulu ada viral pasal ikat tepi minuman itupun nak kena cas pastu kena denda kedai minuman tu. Lepas tu baru-baru ni pula viral pula seorang kakak tu kata “laki dia makan ikan duyung ker” sebab harga makanan tu terlalu mahal. Padahal hanya makan sambal udang 4 ekor jer boleh cecah sampai RM100 untuk dua orang makan. Pamerkan tanda hargalah! Rasa kadang-kadang tokei kedai makan ni melampau sangat letak harga pada pengguna. Bagi saya kalau kita sebagai pengguna nak elak daripada terkena dengan keadaan macam ni kita kena cari kedai makan yang pamerkan setiap harga makanan kerana itu wajib. Boleh dikenakan tindakan oleh pihak KPDNKK kerana tidak mempamerkan harga makanan. Kemudian sebagai pengguna sekiranya kita menghadapi masalah seperti mana kes yang viral tadi atau kes-kes lain yang kita rasa tidak sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kedai makan korang boleh buat aduan melalui applikasi. Sekarang ni KPDNKK ada satu mobile aplikasi iaitu Ez ADU KPDNKK. Korang boleh muat turun aplikasi ni secara percuma di telefon pintar dan boleh terus buat report kat dalam tu dan tindakan akan terus diambil oleh pihak KPDNKK lagi berkesan. Nak tahu lanjut boleh pergi ke laman ni http://bit.ly/EZADUKPDNKK. Rasanya daripada korang tularkan kat laman sosial yang akhirnya akan buatkan kedai makan tu lagi popular baik buat aduan kat situ, silap-silap mereka terus tutup kedai. Bukan nak perdajal kedai makan tu tapi nak menegak keadilan kepada pengguna yang sering tertindas. Macam-macam aduan yang berkaitan dengan pengguna korang boleh buat dalam aplikasi ini. Juga kepada perusahaan kedai makan janganlah kerana harga barang naik sikit kita nak kenakan cas yang melampau kepada pengguna. Ini akan memberikan persepsi yang buruk kepada kedai makan kita untuk jangka masa panjang memang boleh cepat untung tapi orang akan beralih ke kedai lain kerana harga kita terlalu mahal. Paling penting kena patuh kepada peraturan di mana kalau kita nak berniaga biar jujur dan letaklah tanda harga. Kadang-kadang kita pengguna jadi keliru dan was-was nak ambil makanan tu. Kita pun yang nak makan tu kalau nampak macam pelik je jangan lah pakai ambil je tanya dulu kat pekerja kedai berapa harga makanan kalau tiada tanda mungkin ia akan membantu. Apa pun pengguna dan peniaga sama-sama ada peranan masing-masing dalam mengawal semua ini. Moga hidup lebih aman dan tiada lagi isu tular yang kurang sihat seperti ini. Oklah jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu juga ya. Jadilah pengguna bijak dan perniaga berhemah. Selamat menjamu selera.
|
23
Bagus |
31
Marah |
31
Terkejut |
19
Sedih |
24
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 27-10-2017 03:55 PM
pengajaran, lain kali kedai nasi campur ambik la nasi dan lauk berpada-pada..
jangan ikut nafsu mat ...
emelia1509 replied at 27-10-2017 04:32 PM
Makan nasi campur ni memang harga x sama..Ada yang murah ada yang mahal..
Lagi suka order yang na ...
Mary_jane: Boikot je kalau kedai makan mahal. Mesti pekedai tu tak tahan punya.
ADVERTISEMENT