Kanak-kanak berusia 9 tahun lemas selepas terjatuh ke parit berhampiran ketika bermain bersama rakan sekolahnya di Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, petang semalam.
Memetik Harian Metro, mayat mangsa ditemui di bawah jambatan Kota Masai, kira-kira jam 8.50 pagi tadi. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar, mangsa ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ke dalam parit sedalam 4.57 meter dan selebar 6.1 meter ketika hujan lebat.
"Melihat mangsa hilang, rakannya mendapatkan bantuan sebelum sepasukan polis serta bomba dan penyelamat dari Balai Pasir Gudang bergegas ke lokasi. "Operasi mencari dan menyelamat dijalankan serta merta membabitkan anggota dan pegawai polis, bomba serta Agensi Pertahanan Awam (APM) sehingga 12 tengah malam semalam dan disambung 7 pagi ini. "Mangsa ditemui pasukan penyelam bomba dan penyelamat di dasar sungai," katanya. Tambahnya, mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. - CARI |
8
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT