Pelakon dan Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahman serta dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources ditahan polis pada 2 Oktober lalu. Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 tahun hingga 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penipuan projek pembinaan rumah banglo mini yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. Sebelum ditahan polis, seramai ratusan mangsa penipuan meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menjadi "orang tengah" bagi mendesak syarikat yang terlibat dengan penipuan itu supaya bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada mangsa. Dalam status terbaru di laman Facebooknya beberapa hari lepas, Boy Iman memberitahu bahawa dia sudah kembali bertugas di syarikat DBI Technologies miliknya selepas direman lebih dua minggu untuk siasatan. Disebabkan menerima banyak kecaman, Boy Iman memuat naik status mengatakan dia akan membuat pendedahan tentang perkara sebenar yang berlaku ke atas dirinya. Menurut Boy Iman, dia akan membuat pendedahan tersebut secara "episod". Dalam status pendedahan PART 1 yang dimuat naik di Facebooknya semalam, Boy Iman mengatakan bahawa dia sanggup menjunjung Al-Quran untuk bersumpah atas nama Allah dan Rasul tentang apa yang ingin didedahkan adalah benar. PART 1 Dalam status PART 2 pula yang dimuat naik 8 jam lalu, Boy Iman mendedahkan bagaimana dia mula mengenali Anggun dan syarikat Juta Kelulut Global Sdn Bhd. PART 2 Namun, pendedahan itu terus menerus dikecam netizen yang rata-rata masih tidak percaya dan tetap menyalahkannya. Apapun, diharapkan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan nasib semua mangsa terbela. - CARI |
14
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT