Pernah dengar tak Ayam Mangga Ala Thai atau nama 'glamour'nya Chicken Mango? Satu ketika dahulu, makanan ini pernah tular tau. Resipi yang berasal dari Thailand ini cukup popular di mana-mana kedai makan ala Thai. Memang menggugat selera! Bayangkan hirisan mangga yang masam manis digabungkan dengan hirisan ayam yang rangup. Fuh, memang terangkat jika dimakan ketika panas. Resipi dan penyediaannya pun sangat mudah. Jom tengok! Bahan Ayam: 2 keping dada ayam 1 ulas bawang putih Sedikit garam
Lada sulah Tepung jagung Cara: 1. Isi dada ayam dipotong kecil 2. Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam, kemudian masukkan juga sedikit garam dan lada sulah. Perap seketika. 3. Golek-golekkan ayam yang telah diperap pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam sebelum digoreng tenggelam sehingga kekuningan. 4. Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan Bahan Sos: 2 sudu besar sos Plum 1 sudu kecil sos cili/Thai 1 sudu kecil sos tomato Potongan cili padi ~ ikut suka nak berapa biji sedikit air suam Gula dan garam secukupnya Parutan buah mangga muda Campurkan kesemuanya dan rasalah. Biar sedikit manis. Hiasan: Parutan mangga dan lobak merah untuk ditaburkan di atas ayam. Selamat mencuba dan menjamu selera! - CARI Kredit resipi: Blog Masam Manis
|
14
Bagus |
22
Marah |
30
Terkejut |
24
Sedih |
32
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 26-10-2017 10:37 AM
Sedap mango chicken. Sakura kristal melawati.
pinkypetal replied at 26-10-2017 07:19 PM
Dulu i selalu jumpa ady putra and wife dia kat situ. 3 4x jugak. Diaorang owner ker?
Sebab asal ...
RatuDunia94 replied at 27-10-2017 02:03 PM
Serius nk tanya. Apa beza sos plum n palm sugar? Sory kalo soalan bimbo.
candybatik replied at 27-10-2017 07:09 PM
Sos plum cam sos tomato..masam manis. Palm sugar cam manisan@gula melaka
ADVERTISEMENT