CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2,814 Unit HR-V Keluaran Tahun 2016 Dipanggil Balik- Honda Malaysia

24-10-2017 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6322| Komen: 41



sumber : Honda Malaysia


Susulan bar penstabil hadapan kenderaan tersebut berpotensi untuk rosak jika menerima tekanan tinggi, Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model HR-V keluaran tahun 2016.

Memetik laporan portal Carlist.my, hari ini dalam satu kenyataan Honda Malaysia memaklumkan semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat yang akan mengandungi butir-butir penarikan balik.

Katanya, kawalan suhu yang tidak sesuai semasa proses pembuatan mungkin menjadi punca yang menyebabkan kekuatan bar penstabil itu terjejas.

Kerosakan pada bar penstabil akan menyebabkan roda menjadi tidak seimbang, mengakibatkan kereta boleh terbuai ke kiri atau ke kanan semasa dalam pemanduan.  


"Sehingga hari ini, belum ada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini dilaporkan di Malaysia."

"Honda Malaysia mengambil langkah awal, bagi memastikan keselamatan pelanggan terjamin dan melahirkan rasa kesal berikutan kesukaran yang bakal dihadapi mereka," katanya.

Semua bar penstabil hadapan yang terjejas akan diganti dengan alat ganti yang lebih berkualiti. 

Honda Malaysia akan menanggung kos gantian, tenaga buruh dan caj-caj yang berkaitan dengan program panggil balik. 

Pemilik-pemilik kenderaan boleh menyemak status panggilan balik kenderaan mereka melalui www.honda.com.my, atau www.productrecall.honda.com.my, atau menelefon talian tol bebas  Honda pada 1-800-88-2020.- CARI

sumber : Carlist.my

2

Bagus
19

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 24-10-2017 06:11 PM
Benda2 melibatkan tayar dgn stability ni bahaya oit. Baguslah recall balik. Tp byk pulak kes recall Honda ni
Quote trakea 24-10-2017 06:24 PM
Kilang mana  buat sway bar tuh ? Logamnya ada kaitan dengan Kobe Steel ka ?
Quote CiliPadiSedap 24-10-2017 07:14 PM
akak merecik tgk crv baru spacious sangat. moga kita semua makin murah rezeki, jaga solat kerja keras akan dpt apa yang di hajati.
Quote TuntungReturn 24-10-2017 07:22 PM

kalau honda panggil balik

ini menunjukan honda mementingkan pelanggan,keselamatan,langkah profesional,honda best,bla,bla,bla

kalau proton panggil balik

aku dah kata dah,proton x elok,x tahan,cepat rosak, keta tin milo, bla,bla,bla

ini orang malaysia punya perangai
Quote zach2008 24-10-2017 08:50 PM
Guna produa, Proton dan honda. Dr segi service aku kena akui yg byk perbezaannya. Kesemuanya tenaga kerja tempatan tp mengapa berbeza
Quote matamata 24-10-2017 08:53 PM
lain kali jgn pakai Proton....kan dah susah skrg
Quote cmf_BeachBoys 24-10-2017 08:55 PM
Kereta Jepun semakin tak berkualiti.
Quote cmf_BeachBoys 24-10-2017 08:55 PM
Banyak komponen bermasalah kerana faktor cost saving.
Quote cmf_BeachBoys 24-10-2017 09:00 PM
Honda berjaya tipu pelanggan dengan design yang cantik walaupun kualiti komponen dan teruk.

Toyota berjaya tipu pelanggan dengan harga mampu milik.

Kereta proton preve yang berkualiti tinggi walaupun design buruk dan harga murah dipandang sepi oleh rakyat Malaysia yang tak tahu apa pasal kereta.
Quote mjla 24-10-2017 09:04 PM
Layan ploton lg baguih
Quote Pixie902 24-10-2017 10:11 PM
TuntungReturn replied at 24-10-2017 07:22 PM
kalau honda panggil balik

ini menunjukan honda mementingkan pelanggan,keselamatan,langkah profe ...

Hahaha...pernah ke Proton panggil balik? (dan dicerca). Sorry memang tak ingat...
Quote mdhelmi 25-10-2017 08:45 AM
ini mesti dpt detect masa buat audit kat kilang supplier
Quote meteorspeed 25-10-2017 08:59 AM
aku baru nak beli honda nie...riso la plak..dah bnyk kes kena panggil balik
Quote kecimpret 25-10-2017 09:06 AM
cmf_BeachBoys replied at 24-10-2017 09:00 PM
Honda berjaya tipu pelanggan dengan design yang cantik walaupun kualiti komponen dan teruk.

Toyot ...

2,800+ unit je yg terlibat ko nak salahkan Honda?..ko tau dak bape unit honda HRV terjual dlm setahun?
Quote taji2906 25-10-2017 09:37 AM
member aku pernah cakap hrv ni corner tak sedap. berbuai katanya. walaupun tak laju mana. masa tu hrv baru keluar dia test drive. tak lama tu dia tolong 1 hrv terbalik. tak teruk tapi keter baru terbalik la. bila tanya, time corner rasa berbuai terus terbalik.. padahal slow je n corner biasa2. so sekarang tau la puncanya..
Quote kivio 25-10-2017 10:21 AM
Suruh beli proton exora takmau
Gatai jugak nak beli HRV
Kan dah kena recall





Quote Minami2013 25-10-2017 10:34 AM
CiliPadiSedap replied at 24-10-2017 07:14 PM
akak merecik tgk crv baru spacious sangat. moga kita semua makin murah rezeki, jaga solat kerja kera ...

Aminnnnn
Quote petit-saconnex 25-10-2017 10:40 AM
TuntungReturn replied at 24-10-2017 07:22 PM
kalau honda panggil balik

ini menunjukan honda mementingkan pelanggan,keselamatan,langkah profe ...

setuju
Quote CiliPadiSedap 25-10-2017 10:54 AM
taji2906 replied at 25-10-2017 09:37 AM
member aku pernah cakap hrv ni corner tak sedap. berbuai katanya. walaupun tak laju mana. masa tu hr ...

biasa dugong (vioz) terbalik dik, ni tenuk (hrv) pun dah terbalik

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091368 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top