Sekiranya akaun media sosial seseorang individu itu memiliki ramai pengikut, pasti akan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk berniaga di ruangan komen. Situasi tersebut dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang dikatakan memuat naik gambar sebuah gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' di instagramnya tiga hari lalu. Hasilnya, bukan sahaja menerima kira-kira 21,137 like di kalangan pengikutnya malah ramai memuji keindahan gambar yang dimuat naik itu. Namun terdapat seorang individu yang merupakan peniaga secara atas talian mengambil kesempatan mempromosi produk menambah ketinggian di ruangan komen.
Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dikecam Ahli Parlimen Rembau itu sekaligus menarik perhatian pengikutnya. "Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulisnya dalam ruangan komen tersebut. Pada masa sama, Khairy mengancam untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan mengenai produk jualan tersebut. "It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan," katanya. Khairy turut menegaskan peniaga dalam talian itu tersalah pilih pelanggan untuk produk jualannya. "Plus you salah pilih oranglah. I'm 182cm tall. Almost 6ft," katanya. Komen berani Khairy itu bagaimanapun mendapat sokongan di kalangan netizen. Seorang pengguna Instagram @annnadzir berkata,"@product_sihat.my kan dh mendapat !..hello ini tall dark and handsome le. "@mhd.azim berkata,"@product_sihat.my... HAHAHAAHAHH KAN DAH MENDAPAT!!.. Anyway im 13 and 170cm tall." - CARI |
moonbug replied at 23-10-2017 03:10 PM
Ada ke org beli ubat2 tinggi segala ni?
ADVERTISEMENT