Nabil Ahmad nampaknya bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kualiti lakonan dan pengacaraan di negara ini. Buktinya dia akan membuka bengkel khas untuk tujuan ini pada bulan Disember depan.
"Saya ada perancangan untuk mengadakan bengkel lakonan dan pengacaaran pada penhujung tahun ini dengan tagline 'This Is Where You Learn, There Is The Place You Act'. "Bukan hanya suka-suka, saya mahu meningkatkan kualiti pelakon dan pengacara di Malaysia. Kalau tak ada bakat tapi ada rupa, apa salahnya masuk bengkel untuk belajar. "Daripada bergaduh dan mengutuk sana sini lebih baik kita berusaha," katanya kepada mStar Online.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 34, juga mengatakan harga bagi menyertainya akan ditetapkan mengikut kemampuan pelakon dan pengacara yang berminat. Lagi syok sebab peserta boleh pilih tenaga pengajar untuk mengasah bakat mereka menjadi lebih baik. "Harga saya tetapkan mengikut kemampuan mereka. Manakala mereka boleh datang ke bengkel dua atau tiga minggu sebelum mula penggambaran. "Menariknya lagi, yang berminat dalam lakonan boleh memilih tenaga pengajar misalnya Sharifah Amani, Faizal Hussein, Khir Rahman dan Que Haidar. "Sama juga bengkel pengacaraan, anda boleh memilih untuk dilatih oleh Sharifah Shahirah atau Raja Azura misalnya sebelum mengemudi sesebuah acara," tambahnya. Bengkel ini akan dijalankan di Gymba Studio, Damansara Utama. Rasa-rasanya siapa yang patut sertai bengkel ni? -CARI |
11
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 20-10-2017 10:49 AM
jap....
fattah amin joint kelas ni tak ?
ADVERTISEMENT