Nak kurus tanpa apa-apa suplemen atau bahasa mudahnya, ubat kurus? Boleh berjaya ke? Sudah pasti jawapannya ya. Bila doktor sendiri yang berkongsi bagaimana dia menguruskan badan tanpa sebarang produk, memang wow!
Bukan omongan kosong apatah lagi bertujuan untuk melariskan produk. Bila doktor berkongsi pengalaman atau kisah, tiada lain niatnya mahu memberikan perkongsian positif buat semua. Doktor yang dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah, merupakan pakar buah pinggang sering mengingatkan para pembaca di Facebook agar tidak mudah percaya dengan produk dijual di pasaran yang kononnya mampu menyelesaikan masalah kesihatan. Suplemen, jamu, ubat kurus dan sebagainya memang larangan doktor ini. Katanya ia boleh mengakibatkan kesan kepada buah pinggang dan ramai pesakit telah datang kepadanya selepas mengambil suplemen tertentu tanpa berunding dahulu dengan doktor.
Nah, baca selanjutnya bagaimana Dr Rafidah menurunkan berat badannya. Hanya air kosong, terpaksa lupakan minuman favourite, teh tarik... Jangan makan fast food langsung, kurangkan makan di luar.... Banyak juga pengorbanan yang dilakukannya. Namun, yang pasti ia adalah untuk diri sendiri, kan! Jom kuruskan badan dan jadi sihat! - CARI
|
Roan replied at 20-10-2017 02:38 PM
Minum air kosong yes... tapi tak makan nasi tak boleh la hihihi.. meols ikut nasihat doktor makan 2 ...
jazaa100 replied at 20-10-2017 03:13 PM
Byk tu 15kg.....
Tahniah....
Roan replied at 20-10-2017 03:36 PM
tengah cuba nak gantikan nasi dengan oat atau simple carbo yang lain 15kg lagi nak kuran ...
ADVERTISEMENT