Makin menarik pada masa ini kebanyakan kafe sudah memperkenalkan konsep atau pun tema tersendiri bagi menarik perhatian para pelanggan. Yang untungnya adalah pelanggan sendiri kerana dapat menikmati makanan dalam suasana yang 'best'.
Namun, lain pula dengan kafe yang satu ini, terletak di Tokyo Jepun. Memetik Mirror UK, kafe ini mengetengahkan tema pelik iaitu peha wanita. Bayangkan di seluruh kafe, gambar-gambar peha wanita dipamerkan tanpa segan dan silu. Tidak terhenti setakat itu, makanan yang dihidangkan juga diletakkan hiasan berupa atau berbentuk peha. Memang obses betul ya!
Kafe ini sebenarnya didedikasikan buat fotografer terkenal Jepun yang dikenali sebagai Yura. Dinamakan sebagai Tokyo's World of Thigh Photography Cafe, kesemua gambar yang dipaparkan adalah memberi fokus kepada kawasan 'zettai ryouiki'. Ia merupakan zon antara peha dan juga stokin panjang yang dipakai oleh para gadis Jepun. Peliknya, setiap gambar hanya menunjukkan bahagian kaki wanita tanpa wajah mereka. Mengapa agaknya? Selain itu, seperti yang dikatakan, makanan seperti kari, spegatti dan juga loco moro turut dihias dengan hiasan berbentuk peha wanita. Manakala, harga makanan dijual dalam lingkungan harga RM38. Kafe ini dilaporkan baru sahaja dibuka pada bulan ini. - CARI |
7
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dory.thefish replied at 19-10-2017 04:22 PM
pervert nye owner kafe. ish ish..
ADVERTISEMENT