Wah, keluarga Steve Irwin bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen (TV) Animal Planet selepas 11 tahun pemergian 'pemburu buaya' itu!
Balu Irwin, Terri dan anak mereka, Bindi dan Robert bakal muncul semula menerusi saluran Animal Planet mulai tahun hadapan, lapor AP. Sejak pemergiannya, keluarga itu meneruskan kerja pemuliharaan alam sekitar yang dimulakan Steve sekitar Australia, menguruskan zoo serta memelihara haiwan liar dan menyelamatkan haiwan terancam di seluruh dunia. Pada usia 44 tahun, Irwin meninggal dunia pada September 2006 selepas ditikam ekor ikan pari yang menembusi jantungnya ketika penggambaran episod siri Crocodile Hunter. Ketika itu, Bindi dan Robert masing-masing berusia 8 dan 3 tahun dan membesar dengan meneruskan apa yang diperjuangkan ibu bapa mereka. Jadi, mereka tidak asing lagi dengan dunia di sebalik kaca TV. Bindi, kini 19, menjuarai pertandingan Dancing With the Stars pada 2015, manakala Robert, 14, pernah muncul dalam rancangan The Tonight Show bersama Jimmy Fallon. Apa yang akan ditonjolkan mereka dalam rancangan baharu itu nanti ya? - CARI
|
19
Bagus |
28
Marah |
26
Terkejut |
22
Sedih |
22
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT