CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Sweden Pakat Bertudung Tanda Solidariti

26-8-2013 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17057| Komen: 150

 Orang Sweden Pakat Bertudung Tanda Solidariti                
  August 23, 2013      



      
Usah pelik jika mendapati ramai orang Sweden tiba-tiba mengenakan tudung kepala dan memuatnaik gambar tersebut di Twitter dan Instagram mereka, sejak akhir-akhir ini.

Meskipun tidak memeluk Islam, tindakan itu dilakukan sebagai tanda solidariti membantah satu jenayah yang berlaku berpunca daripada kebencian terhadap wanita Islam bertudung yang berlaku di negara itu.

Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang wanita mengandung terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diganggu dan kepalanya dihentak ke kereta oleh suspek yang masih belum dapat dikesan.

Punca serangan dikenalpasti disebabkan oleh tudung kepala yang dipakai wanita terbabit. Malah ketika kejadian, tudungnya turut dikoyakkan penyerang.

Selepas insiden berkenaan tersebar, beberapa wanita Islam lain mula muncul melaporkan bahawa mereka pernah dihina dan diganggu kerana memakai tudung kepala.

Susulan itu, sebuah kempen dinamakan ‘hijab outcry’ (hijabuppropat) dilancar untuk memupuk kesedaran masyarakat di samping memohon Menteri Kehakiman Sweden, Beatrice Ask agar dapat memastikan wanita bertudung di negara itu mendapat hak kebebasan beragama dan tidak lagi disakiti sama ada menerusi lisan mahupun fizikal.

Masyarakat Sweden yang tidak bersetuju dengan insiden berkenaan turut menunjukkan solidariti dan menyokong kempen dengan memakai tudung kepala tanpa mengira agama.

Antaranya termasuk Ahli Parlimen dari Parti Green, Asa Romson dan personaliti TV, Gina Dirawi. Malah, terdapat juga kaum Adam yang ikut serta melakukan perkara ini.

Gambar mereka bertudung kemudiannya dimuat naik di laman sosial Instagram dan Twitter dengan menggunakan hashtag #hijabuppropet.


1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Banana 24-8-2013 04:38 AM
Kelasssss moga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dan terbuka hati utk memeluk Islam aminnnn
Quote mbhcsf 24-8-2013 04:54 AM
Mengingatkan saya pada insiden tahunlepas
Quote chazey 25-8-2013 05:35 AM
aiyyo. muka awek kokesen dah jadi iras muka kawan aku.



btw, syabas penduduk kokesen negara maju. teruskan usaha anda.
Quote Orange1 25-8-2013 06:52 AM
Sekali lagi masyarakat skandinavia membuktikan bahawa mereka adalah masyarakat yg bertamadun tinggi dan generouss. Biarpun mereka bukannn beragamaa Islamm malah ramai yg tak beragama tetapi ketinggiann tamadun peradaban manusia mereka menjadikan mereka sebuah masarakat yg mulia dan berjiwa manusia.
Quote Maideen. 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, adakah diantara lobai yang akan memprotes perbuatan itu dengan memakai sarban bengali?

Jika ada, akan adakah bengali lain yang akan bersyukur dan berdoa semoga lobai itu mendapat hidayah dan masuk ugama bengali?

Sama sama kita renungkan........
Quote FaithNoMore 25-8-2013 07:26 AM
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...

ha ha ha ...
Quote batmana 25-8-2013 07:33 AM
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...

nape tk nyamar jadi benggali , pstu pura2 dihentak kepala ole org gedebe (diri sendiri juge), pstu buat thread baru dlm forum ni?
ni setakat post cm pondan hijack thread org..wat ape?...
Quote Orange1 25-8-2013 07:34 AM
Kalau nak ikutkan pendatang moslems kat negara dorg byk buat jenayah n merosakkan keamanann yg dorg kecapi sebelum lambakannn ummah moslemss kat negara dorg, tp bila jadi kes mcm ni dorg tetap berlaku adil terhadap puak moslemss ni. Begitulah bila manusia dididik secara bertamadunnn. Dorg tak pukull rataa n tak campurr aduk isu.
Quote Orange1 25-8-2013 07:45 AM
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...



Saya pikir jika mamat benggali dihentukk2 kepalaa takde sapa kesahhhh. Masarakat hanya menganggap itu kes terpencillll. Lainlah klu ummah moslem bertudung labuhhhh sampaiii ke tumittt di henttukk2 kepalaa, masa itu bukan saja masarakat kecoh dgn isu itu di fb twitter forum bagaiiii pagi petanggg sianggg malammmm, malah jawi juga kemungkinan besar akan membuka kertas siasatannnn.
Quote Maideen. 25-8-2013 07:51 AM
FaithNoMore posted on 25-8-2013 07:26 AM
ha ha ha ...

Itu bezanya masyarakat bertamadun dengan orang yang tak berapa cerdik Faith. Mankala masyarakat bertamadun akan memprotes perbuatan menghantuk kepala orang lain (walaupon mereka membenci orang lain itu) disebabkan its the right thing to do, orang tak berapa cerdik ingat orang yang memprotes itu nak masok Isle......

Wallahualam.
Last edited by Maideen. on 25-8-2013 08:00 AM

Quote Maideen. 25-8-2013 07:57 AM
Orange1 posted on 25-8-2013 07:45 AM
Saya pikir jika mamat benggali dihentukk2 kepalaa takde sapa kesahhhh. Masarakat hanya me ...

Saya agak pasti itulah yang akan terjadi  

Malah jika ada orang protes perbuatan menganiaya Bengali dengan memakai sarban Bengali, akan ada ulamak yang marah dan mengatakan ianya harom dan membawa hadis "Barang siapa ikut cara sesuatu kaum dia akan terus jadi itu kaum!" Prrrrrrpffffftgh

Wallahualam.
Quote Orange1 25-8-2013 08:03 AM
Maideen. posted on 25-8-2013 07:57 AM
Saya agak pasti itulah yang akan terjadi  

Malah jika ada orang protes perbuatan menganiaya B ...




Saya juga agak pasti tentang fatwa baru itu akan dikeluarkan.
Quote Orange1 25-8-2013 08:06 AM
Saya mengimpikan ummah malaysia mencapai ketamadunan spt ummah skandinavia. Tapi kurang pasti perkara itu akan berlaku atau tidakkk.
Quote Maideen. 25-8-2013 08:21 AM
Orange1 posted on 25-8-2013 08:06 AM
Saya mengimpikan ummah malaysia mencapai ketamadunan spt ummah skandinavia. Tapi kurang pasti perkar ...

Saya berharap dan berdoa ummah belajar tengok cermin. Hanya dengan cara ini lah mereka akan sadar tentang kedudukan dan keadaan mereka sebener. Mungkin jika diizinkan Allah, akan timbul sedikit sifat humility didalam diri mereka. Hanya apabila mereka sedar mereka tidaklah sehebat yang mereka sangka, mereka dapat memperbaiki diri dengan mengikut cara orang bertamadun dan berpelajaran. Mungkin bila ada kesadaran ini mereka akan merasa malu untuk membimbing orang lain menjadi seperti mereka memanjang.

Wallahualam.
Quote True-X 25-8-2013 08:38 AM
Org islam susahla nk bela org kapir..nmt rosak akidah katenyerr..

Org kapir ni lagi islamic..
Quote Orange1 25-8-2013 09:06 AM
Maideen. posted on 25-8-2013 08:21 AM
Saya berharap dan berdoa ummah belajar tengok cermin. Hanya dengan cara ini lah mereka akan sadar  ...

Ye betullll sekaliiii. Saya juga berharap sedemikiannn. Mereka perlu berhentiii bermimpi bahawa mereka adalah ummah palinggg tersohorrr yg penuh dgn adab sopan tatatusila bagaiii yg pernah menjejakkan kaki di alamm semestaa inii. Dan berharappp semuaa orgg baik2 akannn mendpttt hidayahhh spt merekaa.
Quote Orange1 25-8-2013 09:08 AM
Banana posted on 24-8-2013 04:38 AM
Kelasssss moga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dan terbuka hati utk memeluk Islam aminnnn

Saya khuatirrr jika merekaa mendpttt hidayahhhh maka mereka sudahhh tidakk bebass untuk membantu manusiaaa tanpaa mengiraa bangsaa dan agamaa lagi.
Quote Orange1 25-8-2013 09:48 AM
Aku pernah melalui satu pengalaman yg takleh dilupakan di Sweden. Pnh sekali masa kat sana, time nk byr brgs kat pasarayaa, card pulakkk ada masalah n takleh guna walaupun dah cuba byk kali. Nak tak nak hb ckp  kat cashier klu mcm tu kami tak jadi beli brg2 yg dah ambil. Bila kami nak beredar, tiba2 dtg sorg pompuan swedish ( umur dlm 40 ke 50an) yg beratur di belakang kami iya2 offer cash dalam 200sek supaya kami dpt byr brgs kami tu. Padahal bukan kenal pun. Last2 kami terima duit tu n janji akan byr balik secepat mungkin. Adalah tukar2 maklumat dgn pompuam tu. Bila dah balik kat tmpt kami, hb call pompuan tu utk minta no akaunnn dia
nk byr balikk. Pompuann tu kata dia tak begitu memerlukan 200sek tu n dia pasti ada pihak lain yg lebih memerlukan n suggest hb derma duit tu kat red cross. Dia jemput kami g rmh dia lg. Hb dah derma thru hemsida red cross n dah hntr maklumat tu kat pompuan td  walaupun dia tak minta. Cuma trpk betapa baikkkkknya dorgg ni. Tak pasti kat negara sndiri mcm mana klu jadi mcm tu ada ke org percaya kita n nak tlg bagi duit walaupun tak kenalll. Tp klu tak tolong pun aku pahammm sbb org msiaaa suka tipuu n susahhh byrr hutanggg.
Quote hyie 25-8-2013 10:29 AM

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040161 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top