CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Memang Gila! Lelaki Kumpul RM4,875 Duit Rokok Selama 6 Bulan!

19-10-2017 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6219| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib Za

Pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi seorang perokok tegar untuk berhenti daripada melakukannya. 

Namun, ia bukanlah satu perkara yang mustahil kerana banyak juga kisah kejayaan golongan ini yang dipaparkan menerusi media massa. 


Dalam pada itu, kisah yang satu ini memang agak berbeza dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Bukan sahaja berjaya berhenti merokok, sebaliknya duit yang digunakan untuk membeli rokok itu disimpan sehingga mencecah ribuan ringgit!


Seorang lelaki Cina, Carlos Phang menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya berkata dia sudah berjaya berhenti merokok sebanyak 30 batang sehari dalam masa 6 bulan!

Ia bersamaan 183 hari tanpa rokok langsung! Bukankah ia sangat mengagumkan? Lebih-lebih lagi lelaki ini sudah merokok hampir 10 tahun lamanya. 

Ternyata ia bukan satu perkara mudah kerana banyak cabaran dilaluinya termasuklah sakit kepala yang teruk pada minggu terawal berhenti daripada merokok. 


"Merokok adalah habit sesetengah orang. Habit yang tidak elok dan tidak sihat. Habit yang tidak dapat dikawal oleh manusia.

"Rasa ketagih oleh seseorang selepas merokok itu hanyalah proses yang akan dialami oleh perokok. Dengan rasa ketagih itu, memang sukar untuk mereka berhenti dari merokok dan pastinya tidak boleh berhenti merokok," jelasnya. 

"Dalam pack rokok, ada 15 batang dah harganya ialah RM24. Saya merokok hampir 30 batang dalam sehari." 

Akhirnya, dalam masa 6 bulan itu Phang dapat menyimpan sebanyak RM4,875 satu jumlah yang sama digunakan untuk membeli rokok dalam tempoh itu. 

Dengan wang sebanyak itu, Phang mampu membeli sebuah iPhone 8 Plus 256GB! Hebatnya!

Di ruangan komen, nampaknya netizen menyindir kepada mereka yang tidak merokok mampukah membeli banglo dengan tidak merokok selama 10 tahun?


Hai nampaknya netizen masih sukar menerima perkara positif yang ditujukan kepada mereka. Apa pula kata anda? - CARI 
9

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 19-10-2017 11:27 AM
perghh...mahal giler rokok kat china....
Quote beloomberk 19-10-2017 11:48 AM
zulka replied at 19-10-2017 03:27 AM
perghh...mahal giler rokok kat china....

duit china ke tu?
Quote zulka 19-10-2017 11:50 AM

gambar hiasan kot.....mana ader jual rokok 15 btg sekotak kat msia ni? dgn harga RM24... ader ke?
Quote beloomberk 19-10-2017 11:57 AM
zulka replied at 19-10-2017 03:50 AM
gambar hiasan kot.....mana ader jual rokok 15 btg sekotak kat msia ni? dgn harga RM24... ader ke?
...

laki ni org malaysia, tapi x tau la kot dia membongak rokok dia 24rgit.
Quote moonbug 19-10-2017 12:04 PM
30 batang rokok sehari? Tak boleh imagine paru paru dia mcm mana. Syabas berjaya quit
Quote matchstick 19-10-2017 12:18 PM
zulka: perghh...mahal giler rokok kat china....

Apesal kt china..duit yg dia kumpul tu kan duit ringgit malaysia
Quote Artemesiaa 19-10-2017 12:27 PM
Syabas berjaya berhenti merokok dapat menyimpan wang dan kesihatan pastinya lebih baik
Quote vanillaninja 19-10-2017 12:37 PM
Yang netizen duk comment tu sah2 la semua perokok. Dan2 nak perli orang tak merokok tak mampu beli banglo bagai. Asap rokok uols buatkan uols jadi shallow ke?
Quote zulka 19-10-2017 02:10 PM
matchstick replied at 19-10-2017 12:18 PM
Apesal kt china..duit yg dia kumpul tu kan duit ringgit malaysia

kt msia semua jenis rokok 20 btg..mana ader 15 btg
pastu sekotak rokok paling mahalpun 17 ringgit ja...maner ader smpai 24 ringgit...
Quote Thuglife 19-10-2017 02:33 PM
zulka replied at 19-10-2017 11:50 AM
gambar hiasan kot.....mana ader jual rokok 15 btg sekotak kat msia ni? dgn harga RM24... ader ke?
...

aku gigih tngok kalender dia..sama mcm kalender Malaysia..
Quote dory.thefish 19-10-2017 03:47 PM
vanillaninja replied at 19-10-2017 12:37 PM
Yang netizen duk comment tu sah2 la semua perokok. Dan2 nak perli orang tak merokok tak mampu beli b ...

Aah kan yg smokers duk perli2  tu pasal ape. people advise for your good kot. lgpn smokers bila merokok bukan depa telan abes asap rokok tu. org keliling pn terpaksa hadap pening kepala asap depa hembus. selfish betui la depa ni.
Quote WhiskeyScotch 19-10-2017 04:25 PM
Tak kisahlah nak merokok 100 batang sehari pun. Yang penting kebersihan mulut tu sila jaga dengan sebaik mungkin.

Quote manjalara_01 19-10-2017 05:55 PM
i pernah tgk 1 motivational talk tu..org tu kata ade satu 12 step list for a smoker utk quit smoking..
tp kalau step yg ke 12 tu x buat confirm u tetap x bleh buang habit merokok ni
12 step tu yg terakhir ialah membantu org lain utk quit smoking skali...

Quote -electrifying- 19-10-2017 06:29 PM
uiii byk tuuu
Quote kenapo? 20-10-2017 02:09 AM
Typo jari gemok kot salah type 1 pack rm17 je
Quote JDT 20-10-2017 07:43 AM
Suami saya bekas perokok tegar...berhenti selepas 35 tahun merokok. Itu pun selepas potpetpotpet suruh.. Stop terus dari 20/12/2015.
Memang kena sabar dengan dia waktu minggu2 terawal penangan withdrawal tu..sensitip dan hangen semacam dia.
Setakat hari ni, dia masih bertahan..takut2 juga kalau ada kawan yg hulur sebatang tapi so far, dia berjaya tolak dengan baik.
Quote hyie 20-10-2017 08:19 AM
motif netizen bimbo? lainla kalau harga sekotak rokok tu rm24k. Kalau dia simpan hari2, bolej je beli sebuah banglo secara cash selepas setahun. Dasar bimbo minda kelas ke-3...
Quote haryatie 20-10-2017 12:35 PM
makaihhh sehari 30 batang..x sakit pulak yerrr..
elok jerk tu..
Quote dr1234 20-10-2017 01:26 PM
oklah mcm tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top