Kementerian Pendidikan mengharamkan permainan ‘mati lima saat’ atau “pass out challenge” di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta. Demikian respon menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung video tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain “pass out challenge”, bergilir-gilir menekan dada rakan mereka baru-baru ini. Memetik laporan Bernama, Mahdzir berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan cabaran tersebut tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah. “Pada saya, ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan."
“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya. Tambah beliau, kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut. Mahdzir ditemui selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam kelmarin.- CARI |
skinskin replied at 17-10-2017 09:38 PM
xde permainan lain lagi ke ko nak main dik.. kang arwah terus kang
ADVERTISEMENT