CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Block Semua Nanti,"-Chef Wan Berang, Netizen Pertikai Tudung Ibunya Di IG

17-10-2017 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23297| Komen: 102|Original author: Oleh: Myra Rozi

Chef Wan memang aktif dalam Instgram, ada sahaja perkongsian terbaru darinya tak kiralah tentang isu-isu semasa atau sebagainya.

Paling seronok tengok bila chef selebriti ini memuat naik gambar ibunya yang diperkenalkan dengan nama panggilan Cik Ani.

Kalau tengok cara layanan Chef Wan terhadap ibunya boleh buat sesiapa pun terharu. Memang 'tip-top'. Ramai yang memuji Chef Wan adalah seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Chef Wan berang dengan sesetengah netizen yang sentiasa berfikiran negatif dengan memberikan komen yang tidak enak.

Semuanya berpunca bila dia sering memuat naik gambar atau video yang menunjukkan ibunya tidak bertudung.


Ramai yang meminta agar Chef Wan menjaga aurat ibunya memandangkan dia sudah tua.

"If I get all this tudung comment one more time for sure I will removed all this followers from my IG. Dah tak tahan dah. Itu saja caranya," tulisnya.

Foto: IG Chef Wan
Ramai juga yang menyokong tindakan bapa kepada Serina ini dan memintanya supaya tidak ambil endah tentang benda negatif.

Apa pun, berpada-padalah dalam menegur. Kalau tak suka tengok, 'unfollow' sahaja kan lagi senang. -CARI

17

Bagus
13

Marah
23

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 17-10-2017 11:07 AM
sorry ustajah porom.com tlg betulkkan i kalau i salah

bkn ke utk pmpn tua yg dh menepous aurat dia sedikit diringankan bkn mcm wanita2 yg blm menepous?

ampunn kalau salah

Quote lazim 17-10-2017 11:10 AM
sampai sekarang aku konfius dgn bab ni.  bila tanya ustaz semua ckp xblh kena tutup jugak

Aurat wanita putus haid

SOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaksud: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(al-Nur: 60)

Adakah ini bermaksud wanita tua tidak diwajibkan bertutup kepala atau bertudung, kerana mereka sudah beruban dan tidak menarik lagi?

JAWAPAN

Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).

"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 6.htm#ixzz4vjOtP5Os
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote harkktuih 17-10-2017 11:11 AM
memandai je kata chef wan berang..
Quote harkktuih 17-10-2017 11:14 AM
idakamaruddin replied at 17-10-2017 11:07 AM
sorry ustajah porom.com tlg betulkkan i kalau i salah

bkn ke utk pmpn tua yg dh menepous aurat di ...

Aurat wanita putus haid
SOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaksud: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-Nur: 60)
Adakah ini bermaksud wanita tua tidak diwajibkan bertutup kepala atau bertudung, kerana mereka sudah beruban dan tidak menarik lagi?
JAWAPAN
Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).
"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).
Dijelaskan lagi oleh Ibn Masud dan Mujahid: "Tiada perselisihan di kalangan para ulama mengenai rambut wanita tua, rambut wanita tua tetap tidak boleh dilihat oleh ajnabi (bukan mahram). Hukum berkaitan rambut adalah sama tiada bezanya antara yang perempuan tua dan muda.
"Maka yang diharuskan dalam ayat ini ialah wanita yang sudah tua harus baginya tidak menyelubung dengan kain hitam, dan kedua-dua tangan dan wajah harus dibuka. Ini kerana secara saintifiknya wanita tua tidak berkeinginan dan tidak menjadi perhatian orang lelaki". (Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Quran, jld:3, hlm:419).
Ibn al-'Arabiy melihat bahawa kalimah al-qawaaid yang membawa makna perempuan tua semata-mata tanpa yang lainnya kerana mereka tidak lagi bernafsu. Dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir r.a menjelaskan bahawa: "wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka. (Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari).
Dalam ayat yang sama Allah SWT berfirman: Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, iaitu tidak mendedahkan serta memperlihatkan perhiasan supaya dia dilihat, kerana yang demikian ialah sangat buruk dan sangat jauh dari kebenaran.
Kesimpulannya, wanita yang sudah berumur atau yang sudah lanjut usianya wajib menutup aurat seperti mana wanita yang baligh belum sampai usia tua. Namun Islam memberi sedikit kelonggaran untuk tidak menyelubung badan dan segolongan ulama mengharuskan bagi wanita tua mendedahkan wajah dan kedua tangan. Walaupun demikian sekiranya wanita-wanita tua itu mahu menutup auratnya seperti wanita muda itu adalah lebih baik.
Ini kerana perbuatan menutup aurat bukan untuk sekadar mengawal diri dari terdedah kepada gangguan seksual malahan sebagai tanda tunduk dan patuh kepada kehendak Allah yang menjadi akan segala sesuatu.
Kita rasa pelik ialah wanita di negara kita kebiasaannya di usia remaja hingga menemui usia tua mendedahkan aurat semahu mereka, apabila sudah tua baru terasa dekat dengan Allah SWT.
Manakala syariat Islam melalui sumber rujukannya al-Quran dan al-Sunnah mewajibkan wanita menutup aurat apabila mencapai usia baligh. Dan tidak salah kalau lebih awal daripada itu sebagai satu tarbiah. Kerana ketika mudalah Allah SWT mengurniakan manusia keindahan paras rupa yang menawan, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita.
Sebab itulah Allah SWT mengkategorikan wanita sebagai perhiasan dunia yang bisa memporak-perandakan kaum Adam. Dan ada pula wanita yang merasakan dirinya hebat kerana ramai lelaki yang tersungkur dengan kecantikannya.
Seperkara perlu diingat betul-betul iaitu Allah memberi kemudian diuji dengan apa yang diberi untuk melihat tabiat manusia. Adakah dia kenal siapa yang memberinya nikmat tersebut atau dia alpa dengan apa yang dia ada?
Sangat beruntunglah mereka yang sedar bahawa apa yang dimilikinya adalah pinjaman dan setiap yang dipinjamkan perlu dipulangkan kepada tuannya.

Quote Bell 17-10-2017 11:16 AM
Perempuan dah menopause boleh tak pakai tudung.
Quote idakamaruddin 17-10-2017 11:19 AM
harkktuih replied at 17-10-2017 11:14 AM
Aurat wanita putus haidSOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaks ...

ok thanks uols

br i paham

means wajib tutup aurat tp xde la bersungguh mcm org muda menutup aurat


Quote mamaneesa 17-10-2017 11:25 AM
wanita yg dah lanjut usia, diringankan dari segi menutup aurat...tp yg mana nenek vogue, hot bagai tu still la kena jaga aurat dorang...
Quote prettyuglybabe 17-10-2017 11:29 AM
rindu my late grandma bila tengok mak chef wan
Quote de_ikea 17-10-2017 11:33 AM
Iols suka ada ilmu baru di sini.
Comellah cik ani sayang. Mcm nenek iols jah.
Quote mat_arof 17-10-2017 11:37 AM
terus terang..

saya tak minat pompuan bertudung...

hahahah...

citarasa masing2 kan
Quote takayama 17-10-2017 11:43 AM
semlm meols komen kat ig chepone kena laser blk
tp meols xde komen psl tudung, aurat etc
tp ttg cik ani yg sempoi
but chepone kata dia jwb gitu coz taw ada mata yg memerhati
Quote cik_noreen 17-10-2017 11:43 AM
cep privatekn ig n pilih kaum kerabat jah as followers senang ceta.

tpi tu la terpaksa sacrifice beratus likes n comments klu buat cm tu.. sanggup kee
Quote miemiecha 17-10-2017 11:44 AM
maksudnya.. as long as x de niat nk pamer kecantikan lah ek? mek kurang jelas.. minta kakak habang jelaskan.. seyes mek nak tau ni../ mek baca td kat atas.. tq in advance, mek sayam semua..

hehehe
Quote Minami2013 17-10-2017 12:03 PM

Kalau cam nenek wok tu masih ade keinginan kahwin kena jaga aurat betul2...
Quote albedah 17-10-2017 12:04 PM
mamaneesa replied at 17-10-2017 11:25 AM
wanita yg dah lanjut usia, diringankan dari segi menutup aurat...tp yg mana nenek vogue, hot bagai t ...

Jd siti hasmah tak salah laaa
Quote moonbug 17-10-2017 12:04 PM
harkktuih replied at 17-10-2017 11:14 AM
Aurat wanita putus haidSOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaks ...

Thanks for sharing. Mula2 baca surah An Nur ayat 60 tu pun ingat nenek2 tak perlu pakai tudung. Rupanya aurat (perhiasan yg disebut dlm ayat tu) ie rambut dgn dada still kena cover cuma tak perlu berkelubung habis2 ye
Quote Orix 17-10-2017 12:19 PM
Aurat......... aurat aurat
Quote amiekz86 17-10-2017 12:21 PM
cucu chef wan hat gurl tu..mmg cmei nuh...
geram tgk.
Quote kucen_miang 17-10-2017 12:29 PM
mat_arof replied at 17-10-2017 11:37 AM
terus terang..

saya tak minat pompuan bertudung...

bini hang free hair ka mat?

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080484 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top