CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Cadang Eksport Babi Ke Indonesia, Putin Tak Mampu Tahan Gelak

17-10-2017 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18798| Komen: 176|Original author: oni313

Description: Putin kelihatan tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara it ...
sumber: internet


Presiden Rusia, Vladimir Putin biasanya kelihatan berperwatakan serius dan 'cool', jarang sekali melihat pemimpin negara ini terrsenyum di depan kamera. 

Namun semalam tular rakaman perbualan sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet di media sosial yang memperlihatkan Putin berkelakuan yang boleh dianggap melucukan dan agak comel.

Memetik laporan The Straits Times, Putin kelihatan tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.

Hal tersebut dilaporkan berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.


Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi

"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Putin."

Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.

Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’.- CARI


15

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
29

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oni313 16-10-2017 12:31 PM
[youtube]rEpFAJSItUQ[/youtube]
Quote insulin 16-10-2017 12:37 PM
Pakcik Vlad, mohon eksport pork ke Bali. Di situ, penduduknya makan pork....
Quote CrowneGlory 16-10-2017 12:38 PM
kalau north korea mau kena tembak menteri pertanian dia tu...btw  yindon rakyat paling ramai rakyat berugama Islam tp bukanlah negara Islam
Quote matamata 16-10-2017 12:38 PM
Quote prettyuglybabe 16-10-2017 12:43 PM
comel je dia gelak
Quote espri6006 16-10-2017 12:45 PM
boleh jer eksport ke Bali, Timur Timor dan sebahagian negeri Indonesia selatan menghala ke Pasifik. Orang2 sana lebih kepada rumpun Irian/Fiji.
Quote LaksamanaBentan 16-10-2017 12:45 PM
Non muslim kat Indon ramai puluh juta. Ramai je Puting oii
Quote zeed 16-10-2017 12:48 PM
Apa ada hal.. akak2 yg pakai tudung pon ada je yg jual babi.
Quote ulamalu 16-10-2017 12:50 PM
Bodonya menteri pertanian dia tu.  Cubalah spesifik market babi kat indon ni area mana, barulah putin impressed. Ni justification dia tu yg buat putin gelak.
Quote ultra78 16-10-2017 12:51 PM
Apa pun Putin ni nampak lebih cerdik daripada Trump
Quote taji2906 16-10-2017 12:52 PM
Indon ada apa2 nak claim tak pasal ni? hahaha
Quote besikayu 16-10-2017 01:00 PM
hahaha.. comel tgk putin gelak sambil tutup muka
Quote ifanonline 16-10-2017 01:04 PM
ada juga menteri bodoh russia...mcm mat maslan juga..
Quote Otaku85 16-10-2017 01:08 PM
Kaper Bali, Batak, Flores, Papua, Manado.
Quote haryatie 16-10-2017 01:10 PM
aku pulak yg rsa nak tergelak sama tengok dia gelak mcm tu..
Quote Jorja 16-10-2017 01:10 PM
I suka tengok bini simpanan dia..I adore beauty with brains & brawn
Quote ifanonline 16-10-2017 01:11 PM
mungkin menteri rusia tu nak ckp warga indonesia makan babi (rasuah)...sama mcm pemimpin malaysia makan babi juga (rasuah)
Quote dizzzek 16-10-2017 01:12 PM
byk je yg x makan babi di negara sendiri, pergi bali makan babi atas alasan bercuti
Quote Kerêta_Angin 16-10-2017 01:12 PM
putin mungkin tengok jumlah peratusan islam keseluruhan (dlm 85 % lebih ) .. tapi mungkin ko tak tahu Tin .. bahwasanya umah kristian punya jumlah significant di belah indon timur ..

di sulawesi utara(manado), sebhgian sulawesi tengah, separuh maluku, papua, bali n nusa tenggara timur (flores,timor etc) .. kalau kat sumatera ada kaum batak kristian .. kaum non muslim "terkuat" di indonesia.. pasar yg potensial tu .. tapi tak pasti pulak kalau stock diorg dah cukup .

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.113361 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top