Baru-baru ini berlaku satu kes penderaan di Bandung Barat, Barat Jawa yang membabitkan seorang nenek tiri yang berusia 69 tahun sanggup merendam muka cucunya ke dalam minyak masak yang panas mendidih. Akibatnya cucunya yang dikenali sebagai Rachel Heriani terpaksa dikejar ke Hospital Hasan Sadikin akibat luka melecur yang serius di muka. Memetik laporan Coconuts Jakarta, suspek yang bernama Kosiah dikatakan bertindak kejam akibat berang dengan mangsa yang beralasan mahu berehat untuk seketika kerana kepala pening. Difahamkan bapa mangsa, Kusdian yang tinggal berasingan dengan anaknya hanya mengetahui keadaan mangsa itu sehari selepas kejadian. “Anak saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Sebaik saja sedar, dia sudah berada di atas katil."
“Dia diberi rawatan awal selepas dibawa ke hospital, tetapi dia hanya diberi ubat sapu sahaja dan doktor kata dia akan pulih,” katanya. Selain sedih melihat keadaan anaknya, Kusdian dan keluarga masih mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya. Bagaimanapun, Kosiah pula menegaskan kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan di mana ketika dia sedang menggoreng keropok di dapur pada hari kejadian sebelum mangsa datang ke dapur. Kosiah berkata, dia juga menemui tumpahan minyak yang tumpah dari kuali di sekitar kepala mangsa. Sementara itu, pihak polis dikatakan sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan pada mukanya yang mengambil masa selama dua hari.- CARI
|
19
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
6
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PongKang replied at 16-10-2017 09:42 PM
bangsat punye org tua.. kalo aku jd mak budak tu, mampus dia aku kerjakan
ADVERTISEMENT