Siapakah gadis India ini? Wajahnya cantik lagi eksotik, mirip pelakon Ashwariya Rai. Berkulit sawo matang dengan mata bundar berwarna cokelat. Dia seorang peguam, pelakon, model, pengacara TV dan terlibat dalam aktiviti pendidikan.
Dan sempena Hari Deepavali yang disambut pada minggu ini, X-POSE dengan bangganya memperkenalkan `the one and only’ wantia India yang pernah memenangi award paling berprestej di Negara ini. Sangeeta Krishnasamy, mencipta fenomena. Kejayaan ini telah mencorakkan kehidupan yang lebih cemerlang. Dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Adiwiraku. Namanya terus meletop dalam industry perfileman Malaysia. Sebelum ini namanya hanya terpahat dalam perfileman Tamil. Sangeeta Krishnasamy menjadi salah satu faktor kemenangan filem Adiwiraku yang diumum sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang lalu. Dia seorang aktor yang hebat!
Sebelum reda keterujaan dirinya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-29, Sangeeta sekali lagi dikejutkan kerana dipilih memenangi kategori sama pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 (APFKL2017) yang berlangsung di ibu kota. Pelakon utama filem Adiwira Ku itu berkata, dia tidak menyangka dalam tempoh singkat dirinya diberikan kegembiraan berganda dengan kejayaan pada dua anugerah perfileman Malaysia. Tidak ramai pelakon bukan Melayu yang memperoleh perhargaan besar seperti itu. Apa yang dilakukan Sangeeta adalah kejujurannya membawakan watak yang ditawarkan oleh penerbit Ekskutif Jason Chong. Watak itu juga telah mendewasakan beberapa nama besar dalam industry perfileman untuk merangkul award yang menjadi impian setiap aktor. Antaranya Izara Aishah, Nabila Huda dan beberapa orang lagi. "Saya berasa ia seperti betul-betul magis. Ketika saya masih lagi mengecapi detik indah kejayaan pada FFM29, kini saya menerima satu lagi award,” jelas wanita yang mendapat pendidikan filem secara formal di KL Pac Studio. Adiwiraku, filem yang diangkat dari kisah benar seorang guru bahasa Inggeris Cheryl Ann Fernando dan perjuangannya mengajar bahasa Inggeris di sekolah luar bandar di Kedah. Drama kehidupan itu berkisar pelajar-pelajar SMK Pinang Tunggal Kedah bersungguh sungguh mempelajari bahasa Inggeris sehingga layak menyertai pertandingan kromantisan atau `choral speaking competition’, hingga ke peringkat daerah. Sedangkan sebelum itu, pelajar tersebut tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Itulah plot filem Adiwitaku yang turut mengetepikan filem J Revolusi yang menjadi favorite saya. Sepanjang karier sebagai ketua editor, saya pernah menjadi barisan juri yang ditugaskan menonton filem yang dipertandingkan untuk festival filem secara `back to back’ di ampiteater Finas! Bila menonton terus menerus dalam tempoh beberapa hari itu, kami boleh lihat menilai filem terbaik, dari segi konsep, lakonan dan pengarahan. Alhamdulilah, saya pernah melaluinya! Walaupun ada yang komen filem ini tapi keputusan juri adalah mutamad. Full Stop!. Siapa menyangka, dari bidang profesional Sangeeta terjun ke dunia perfileman. Wanita yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini melanjutkan pembelajaran tertingginya di University of London dalam jurusan undang-undang. Pembabitannya dalam bidang seni ini bermula sebagai model. Semasa di bangku sekolah, dia ditawarkan menjadi model untuk kempen dalam talian Nikon. Kehebatan Sanggeta, dia mampu menguasi bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lancar. Sebenarnya, pelakon cantik ini terkenal di India. Dia menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan di filem Goa dan Venkat Prabhu serta sebagai pemimpin wanita dalam ' ZHA ' yang turut dibintang pelakon filem hebat dari India Selatan. Pada tahun 2015, dia memegang watak penting dalam dua filem 'Vetti Pasanga' & Vennira Iravugal’. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas dipertontonkan di beberapa filem festival di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang semua 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. Kini, dia adalah seorang pelakon terbaik di Cinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori sebagai pelakon terbaik dalam kategori filem dan telemovie. Tahniah Senggeta! X-POSE turut mengucapkan Selamat merayakan Deepavali kepada Senggeta dan pembaca yang meraikannya.
|
18
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.
shailyvelera replied at 16-10-2017 01:38 PM
kita pun nk tgok.....tgu weekend dpt data free....hehehe
karipapcinta replied at 16-10-2017 01:48 PM
bagus lah tengok kat youtube, mencuri hasil kerja penggiat seni tak dosa ke?
Tapi kalau makan ba ...
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:30 PM
Oh ada ye?
Boleh lah tengok
TAPI habis lah data hakak
sixret replied at 16-10-2017 02:10 PM
Maaf ya.
Since the advent of advanced technologies at the tips of the fingers, it has been a ...
karipapcinta replied at 16-10-2017 03:53 PM
tu semua alasan, kalau kita boleh hindari makan babi (walaupun banyak kedai jual babi dan arak kat ...
ADVERTISEMENT