Kelmarin, satu kes pembunuhan berlaku di Taman Pertama Indah, Muar yang membabitkan sepasang suami isteri berusia muda akibat syak wasangka dan perasaan cemburu terhadap suami yang tidak pulang ke rumah selama 2 hari. Suspek yang berusia 17 tahun bertindak menikam suaminya berusia 28 tahun di bahagian dada dengan sebilah pisau pemotong sayur berukuran kira-kira 21 sentimeter di kediamannya. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata pembunuhan berlaku kira-kira pada pukul 2 petang setelah kedua-dua mereka dipercayai bertelingkah dan berlaku sedikit pergelutan. “Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu rumah berkenaan dan suspek yang turut berada di lokasi telah ditahan serta kita turut merampas pisau tersebut,”
Menurut Zaharudin mangsa bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di Pasar Maharani manakala suspek tidak bekerja namun ada membantu suaminya di pasar berkenaan. “Kedua-dua mereka baharu mendirikan rumah tangga kira-kira 5 bulan lepas dan menetap di Parit Bunga,Tangkak,” katanya. Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada faktor cemburu. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek diperintah reman selama 6 hari bermula hari ini. Zaharudin berkata, ujian air kencing terhadap suspek juga negatif dadah dan suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau. - CARI
|
12
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
b_n_c replied at 15-10-2017 04:46 AM
kdg2 pmpuan jadi ganas,hauk dan kejam berpunca dr perangai jantan tu sendiri...
org laki yg jnis ...
ADVERTISEMENT