Kebelakangan ini, ramai graduan lepasan universiti berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Dalam keadaan sebegini, lazimnya ada segelintir graduan yang hanya tahu merungut dan menyalahkan semua pihak tanpa berusaha mendapatkan pekerjaan. Memetik laporan Vitdaily, tindakan seorang gadis yang menjual sandwich di lampu isyarat demi mencari sesuap nasi mencuri perhatian warga laman sosial. Rata-rata netizen memberi komen yang positif mengenai tindakan gadis tersebut yang berdikari untuk mencari wang sendiri dan ada yang menasihatinya supaya mengutamakan keselamatan.
Loading FB Post... Menurut netizen yang dikenali sebagai Shamsul Abas, kegigihan gadis tersebut wajar diberi sokongan dan menjadi motivasi untuk orang di luar sana berusaha dengan cara yang betul untuk mencari rezeki. “Hendak seribu daya. Belajar melalui Youtube juga boleh menjadikan anda kaya. Bagaimanapun, gadis ini memilih untuk berniaga yang kita biasa lihat dipelopori lelaki.” Tambah Shamsul, gadis yang menjual sandwich telur, tuna dan sardin sentiasa dilihat pada waktu pagi ketika trafik sesak di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2). Idea menjual makanan di lampu isyarat memudahkan orang ramai yang sibuk kerana mereka dapat bersarapan sambil menuju ke tempat kerja. Semoga gadis ini berjaya pada suatu hari nanti.- CARI |
6
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loh_83 replied at 13-10-2017 05:03 PM
sedapnya sandwich ... tapi x pernah jumpa lak yg jual mcm ni kat tempat aku ...
Yang banyak jual ...
ADVERTISEMENT