FENG MINGSHAN memanjat lereng sebuah bukit untuk memasuki gua pada ketinggian 50 meter dari tanah Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China. XI'AN - Seorang lelaki China yang mahu mencari ketenangan bertindak memencil diri dengan tinggal di dalam sebuah gua di sini, dalam wilayah Shaanxi sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail semalam. Feng Mingshan, 54, menjadikan sebuah gua setinggi 50 meter sebagai tempat tinggalnya sejak 1993. Dia juga terpaksa memanjat tebing sebuah bukit setiap kali mahu memasuki rumah unik yang dibinanya. Media tempatan melaporkan bahawa Mingshan menemui gua tersebut ketika dia masih remaja. Dia sebelum ini membawa diri meninggalkan Bandar Gaoba, di barat laut wilayah Shaanxi, China pada 1993 kerana tidak tahan dengan kerenah orang ramai. Abangnya, Feng Xueming berkata, Mingshan memiliki perangai pelik. "Perangai abang saya pelik. Dia tidak suka berkomunikasi dengan orang lain," katanya. Sejak 20 tahun lalu Mingshan telah berusaha membesarkan ruang di dalam gua yang didudukinya. Dia juga memahat tempat berpegang pada dinding batu di luar gua itu untuk membantunya bergerak di tebing yang curam. - Agensi
|
MissNigga posted on 25-8-2013 12:44 AM
kalo tak setuju dan tak suka ngan pemerintah negara ni... pi duduk dalam gua
batmana posted on 25-8-2013 01:21 PM
kalu 20 tahun, msih berpakaian tu, bolela paham..nk cari ketenangan..
ni dh bogel abis, sah2 dh g ...
AdamBillionaire posted on 25-8-2013 01:06 AM
miss nigga cmne nk duk dalam gua semua dh kena conquer dengan saudara samy value, kolam rena ...
adorable10 posted on 25-8-2013 07:30 PM
Kalau ada gua kot2 tepi umah ni nak juga rasa duduk...mana la taw dtg bunian ensem bley buat laki... ...
STONER posted on 27-8-2013 12:58 AM
walaupun dia berhati batu tp dia berbogel ke hulu ke hilir.. tak naik kurap ke miss?
ADVERTISEMENT