CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Kerang Semakin Mahal, Kini Ianya Merupakan Makanan 'Orang Kaya'

13-10-2017 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11434| Komen: 96


sumber : https://media-cdn.tripadvisor.com/


Memang tidak dinafikan makanan laut khususnya kerang-kerangan, ketam dan sotong merupakan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia biarpun rata-rata menyedari ianya mengandungi kolestrol yang tinggi. 

Menurut laporan Organisasi Makanan dan Pertanian, rakyat Malaysia adalah pengguna keenam terbesar makanan laut di peringkat global dengan 56.5 kilogram (kg) perkapita. 

Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini tanpa disedari, kerang-kerangan telah dilabel sebagai makanan 'orang kaya' berikutan harganya dikatakan meningkat secara mendadak berbanding dengan hasil laut yang lain.

Keadaan tersebut diakui oleh pegawai Penyelidik Bahagian Perancangan dan Pembangunan Jabatan Perikanan Malaysia Dr Alias Man.


Jelas Dr Alias Man, kenaikan mendadak harga kerang mempunyai kaitan dengan faktor pengeluaran yang semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kajian kita menunjukkan kualiti air berperanan penting untuk pembiakan kerang."

“Jika ada pencemaran, ia akan mempengaruhi pengeluaran dan benih kerang cepat mati."

“Trend kemerosotan kerang ini tidak hanya berlaku di Selangor saja, ia juga membabitkan pusat pengeluaran kerang di seluruh negara namun kita masih belum mengetahui punca sebenar kematian benih ini,” katanya.

Menurutnya, beberapa pelan pengurusan dirangka dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menangani masalah ini terutama kematian kerang.

“Selain menyimpan induk kerang untuk tujuan pembenihan, kita perlukan kajian lanjutan di seluruh negara dalam pelbagai aspek untuk mengenal pasti punca sebenar kerang tidak dapat membiak dan membesar seperti dulu."

Sementara itu, kedai runcit dan pasar raya sekitar Sentul dan Selayang didapati semakin kurang peniaga hasil laut menjual kerang, malah jika ada mereka hanya menjual bekalan itu dengan harga jauh lebih mahal.

Ada segelintir peniaga menjual kerang gred C dengan harga RM9 sekilogram (kg) hingga RM14/kg, manakala kerang kopek dijual pada harga RM20/kg hingga RM26.90/kg.

Di Pasar Borong Selayang pula, bekalan itu agak mudah didapati pada harga RM3 bagi gred C, RM7 hingga RM8 (gred B) dan RM10 hingga RM12 (gred A).- CARI
13

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 13-10-2017 10:44 AM
Aiiii.... Sedapnya kerang. Tapi makin mahal....
Quote AbukRokok 13-10-2017 10:45 AM
hmmmm bolehla ternak kerang lepasni...nak ternak pokok durian leceh dan masa lama
Quote wanitajelita 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
Quote LostStar 13-10-2017 10:48 AM
nsb baiklah aku tak lalu rasa kerang ni..
Quote dubuk 13-10-2017 10:53 AM
kerang ni dubuk suka dalam kuew tiao goreng je
Quote friedfishsoup 13-10-2017 11:03 AM
Samalah. Kuey tiaw dan laksa
Quote prettyuglybabe 13-10-2017 11:11 AM
sedapnya kerang bakar
Quote AbukRokok 13-10-2017 11:14 AM
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap

kne ghout...

Quote Buritan 13-10-2017 11:15 AM
Lepas ni mkn kucing jahlaa....
Quote Buritan 13-10-2017 11:16 AM
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap

Kerang mati.. laut pun semakin kotorla
Quote Buritan 13-10-2017 11:17 AM
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap

Kira tak brp elok mkn jugakla
Quote lasagnaklcc 13-10-2017 11:17 AM
Sbb tu kuey teow kerang naik harga... tapi kerang kurang, tauge je lebih
Quote amyza 13-10-2017 11:19 AM
Suka rendang kerang mkn dgn nasi lemak. Tadi pegi carik kat desa pandan takde lak,ada rendang ayam dengan daging jer.
Quote cepheid 13-10-2017 11:24 AM
Kerang ni sedut segala mak nenek lumpur kat bawah laut tu. Kalau persisiran laut orang buang minyak, sampah, bahan toxic memang akan tinggi kandungan toxic dalam kerang tu.
Quote tohigh 13-10-2017 11:25 AM
mohon babhu bedak cuntong makan babeef jer tak payah makan kerang tak terbeli langsung @Bedah.Cun
Quote -electrifying- 13-10-2017 11:27 AM
blik ni terasa nk beli ns lmak smbl kerang plak... nyum3
Quote dizzzek 13-10-2017 11:32 AM
x mampu makan kerang
tukar la makan sardin
bodo
Quote palmolive 13-10-2017 11:32 AM
ternak lemak lagi senang dari ternak kerang..buat apa nak ternak kerang
Quote haryatie 13-10-2017 11:36 AM
wat rendang kerang @ rebus kerang cicah dgn air asam/kicap..waaa sedappppp
last week puas aku cari kat pasar nak buat kerabu pucuk paku + kerang tp xde
uncle tu ckp kerang da mahal...
dia org malas nak jual xde org nak beli

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056269 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top