Bukan main lagi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terasa hati apabila pihak Astro tidak memberi peluang untuknya bercakap di sidang media Gegar Vaganza, kelmarin.
"Kenapa tahun sebelumnya saya dipanggil memperkenalkan diri, tapi musim ini saya langsung tidak diberi peluang untuk bercakap," katanya kepada Harian Metro. Menurut Vida, dia berasa seperti terhegeh-hegeh pula apabila hadir ke majlis berkenaan sedangkan dia adalah penaja utama program itu untuk empat musim. "Saya dibiarkan duduk seperti ‘tunggul kayu’. Saya rasa sedih, malu, marah dan sakit hati tapi saya kawal perasaan ini kerana tidak mahu dianggap seperti buat 'drama'.
"Saya mengharapkan pihak Astro memberi saya peluang bercakap kerana ini adalah platform untuk saya mempromosikan produk. "Sudahlah saya bersusah payah melaram mencari pakaian yang 'meletop' untuk hadir ke majlis itu tetapi langsung tidak diberikan peluang bercakap sepatah pun,” ujarnya. Tambahnya lagi, dia berharap sangat Astro tebus semula tindakan dan layanan yang diberikan terhadap dirinya. "Pihak Astro ada menghubungi saya, tapi jiwa saya masih kacau. Saya masih tidak boleh lupakan perkara yang berlaku. Bagi saya ruang untuk dapatkan semangat ini semula," katanya. Sementara itu, pihak Astro enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan Vida itu. Kasihan Tok Vida tak dapat mempromosi produknya. Tapi kan, anda suka ke bila Tok Vida dah mula bersuara dalam sesuatu majlis? - CARI
|
8
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT