CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selama Setahun Lelaki Ini Hanya Makan Kentang Dan Keledek, Hasilnya...

11-10-2017 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14383| Komen: 35|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Bagi anda yang mendambakan bentuk badan menarik, mahu menurunkan berat pasti mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya.Yang penting, jangan membuat sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan pula.Se ...
Bagi anda yang mendambakan bentuk badan menarik, mahu menurunkan berat pasti mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya. 

Yang penting, jangan membuat sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan pula. 


Seperti yang berlaku pada seorang lelaki ini, dia hanya berdiet dengan makan kentang selama setahun. Dan hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kg!


Lelaki berasal dari Australia itu, Andrew Flinders Taylor melalui proses diet dengan hanya makan kentang selama setahun, memetik Metro News.

Katanya, dia mula menjalani diet kentang dengan mengambil 3 kg kentang sehari! Ini termasuklah pengambilan kentang biasa, dan juga keledek dalam diet seharian. 


Menerusi kedua jenis kentang ini, Andrew mampu mendapatkan pelbagai khasiat dan juga vitamin. Di samping itu, dia tidak menggunakan sebarang minyak ketika memasak. 

Sebanyak 99 peratus kalori didapati daripada kentang itu sendiri manakala selebihnya hanyalah dari sendikit sos dan juga bahan perasa. 

Bagaimanapun pakar diet tidak mengesyorkan diet ini kerana ia dipercayai tidak membekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.


Menurut Chloe Miles, pakar diet dari British Dietetic Association, Andrew berisiko mengalami keletihan kerana tidak mendapat sumber zat besi mencukupi.

Manakala kekurangan kalsium menyebabkan kesihatan tulangnya terganggu. 

"Ia juga memberi kesan kepada kehidupan sosialnya kerana mengamalkan diet sedemikian. Diet yang terhad seperti ini akan menyebabkan masalah pemakanan. Saya tidak menggalakkan orang ramai mengikuti diet ini," katanya.


Namun, hebatnya selepas setahun Andrew berjaya melalui proses diet kentang ini. Apa yang dilakukan adalah mendapatkan sumber serat dari kulit kentang, menggunakan sumber kalsium dari susu soya untuk membuat kentang putar dan mengambil keledek untuk mendapatkan vitamin A dan E. 

Hasilnya, kesihatannya semakin baik, kolestrol menurun, gula dalam darah turut menurun dan kehilangan 50 kg! - CARI 
9

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 11-10-2017 05:05 PM
x bosan ke..................
Quote maryamamina 11-10-2017 05:19 PM
Bosan weyyyhh makan benda yg sama everyday
Quote putehkundor 11-10-2017 05:31 PM
Keledek memang bagus, mak teh kalau lapar tgh malam tu selalu mkn keledek rebus/roasted
Quote myakayina 11-10-2017 05:42 PM
aku suka mkn kentang... kena variasikan la..jgn masak style sama...
Quote nadihazza 11-10-2017 05:53 PM
wow!!!50 kg tu..
Quote -electrifying- 11-10-2017 05:57 PM
gila la setahun dok mkn bnda sama
Quote PyoNaRi 11-10-2017 06:13 PM
Walaupun tiap2 hari rasa nak diet.tapi takda la sanggup nak makan ubi tetiap hari even favorite jgk
Quote lasagnaklcc 11-10-2017 06:37 PM
Kentang mmg mengenyangkan. Masalahnya cemuih mkn hari2...
Quote dubuk 11-10-2017 06:39 PM
hujung hujung tahun dubuk suka makan keledek.. sebab musim hujan syokk
Quote buapakperut 11-10-2017 06:56 PM
iols syok mkn kentang.lagi2 sambal. kentang.sama macam kita mkn nasi kot tak muak. lagipun determination mengatasi nafsu mkn bagi org yang nekad kurus.iols penah baca manusia bolah survive dan mendapat nutrisi cukup melalui kentang dan butter saja.yang penting kawal kalori intake takla gemuk
Quote tembikai 11-10-2017 07:31 PM
bgus ...tp ikut org  la kan..mau bosan juga mkn hari2..siang mlm ...tp klu mmg dah nekad...its ok..
Quote insulin 11-10-2017 07:49 PM
Sedapnya keledek. Harga pun boleh tahan la ye.
Quote mizkajura 11-10-2017 08:08 PM
Adehhh ulang menu yg sama dgn pelbagai viriasi utk seminggu pun rasa mcm dah give up.{:cryrun

Setahunnnnnnn.....kau mmg hebat!!!!!
Quote @chik 11-10-2017 08:17 PM
Dah lepas setahun, tgk kentang pun muntah..
Quote RatuDunia94 11-10-2017 08:59 PM
Kalo kentang goreng iols sanggup..
Quote KuewTeuwKungFu 11-10-2017 09:08 PM
Bab makan nk diet kn than nafsu...tngk bskut kering selera jer time lapar
Quote KuewTeuwKungFu 11-10-2017 09:08 PM
Bab makan nk diet kn than nafsu...tngk bskut kering selera jer time lapar
Quote DeeHanania 11-10-2017 09:25 PM
Suka kentang yg drebus,
Makan bersama kimchi...
Yummeeiihh!!!
Quote idakamaruddin 11-10-2017 09:33 PM
alaa cite apa tu yg tersesat kt mars tu

dia kan makan kentang je hari2

bosann oii

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.202068 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top