"Ayah, ibu, Putera teringin sangat nak bertemu," sayu rasanya bila mendengar rayuan anak muda berusia 21 tahun ini. Pada 21 tahun yang lepas jugalah, lelaki ini adalah bayi yang telah ditinggalkan sendirian di sebuah perhentian bas Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan, pada 23 September 1996.
Ketika itu dia masih berusia 10 hari! Mujur orang kampung menemuinya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Gambang dan diserahkan kepada jururawat bertugas yang dikenali sebagai Norma Mat Riffin. Pencarian pemuda ini menjadi tular selepas dia memuat naiknya di media sosial, menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan ibu bapa kandung.
"Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel. Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu," katanya. Menurut laporan akhabar tempatan, Putera telah kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk mencari maklumat tentang asal usulnya. Walau bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta dia membacanya sendiri. Kisah Putera mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannya berdoa agar segalanya dipermudahkan. Dari umur sembilan bulan, Putera telah dijadikan anak angkat kepada pasangan Zainuddin Ahmad dan Saodah Mahmood. Kini adalah seorang penuntut Diploma Pembantu Perubatan di kolej di Seremban, Negeri Sembilan. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Putera di talian 012-3440420. -CARI |
30
Bagus |
28
Marah |
23
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Madel: Cantiknya gigi awak..bersih tersusun rapi
ADVERTISEMENT