CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Jumpa Ular Sawa Dalam Enjin Kereta

11-10-2017 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6785| Komen: 47

Penemuan seekor ular sawa seberat 35 kilogram di dalam bahagian enjin kereta mengejutkan seorang lelaki ketika dia ingin menghantar anaknya ke tabika, lapor Sinar Online.


Foto: Sinar Online

Kamaruzaman Awang, 45, berkata, bonet kereta Perodua Alza miliknya sukar dibuka ketika dia hendak membuat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.

"Lepas berjaya dibuka, saya lihat seekor ular sawa pada bahagian enjin. Saya terus lepaskan bonet hingga menghempap ular berkenaan kerana terkejut," katanya.

Menurut Kamaruzaman yang tinggal di Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai, adik iparnya, Nik Azwan Nik Soh, 28, enggan membantu apabila diajak untuk mengeluarkan reptilia itu dari kenderaannya.


"Adik ipar kemudiannya hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantu keluarkan ular," katanya.

Tambah Kamaruzaman, itu bukan kali pertama dia menemui ular di sekitar rumahnya.

"Selalunya saya berani tangkap ular kerana saiznya agak kecil.

"Tapi ular sawa ini agak besar, sebab tu saya tak berani nak keluarkannya dari enjin kereta," ujarnya.

Pegawai APM Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan berkenaan dan mengerahkan enam anggota ke lokasi.

"Setibanya di sana, reptilia itu masih berada pada bahagian ruangan enjin kereta.

"Anggota bertugas mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan ular berkenaan dengan menggunakan penjerut," katanya.

Ular sepanjang lima meter itu dibawa ke pejabat APM untuk diserahkan kepada pihak perhilitan. - CARI
11

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..
Quote jlo 10-10-2017 09:45 AM
scary ok...
Quote akusukaq 10-10-2017 09:45 AM
malam yg panas ular carik tempat sejuk.kalu stat enjin panaskan tentu dia cari jalan keluar.
Quote BoongaKertas 10-10-2017 09:52 AM
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..

valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular sawa lah..soalan serius ni.
Quote sh00 10-10-2017 09:53 AM
klu kita start engine apa jadi dgn ular tu? scary..
Quote zameyla 10-10-2017 09:54 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

scarynya....sedar2 duduk kat pedal minyak...
Quote BoongaKertas 10-10-2017 09:55 AM
zameyla replied at 10-10-2017 09:54 AM
scarynya....sedar2 duduk kat pedal minyak...

meols mmg slalu imagine mcm tu. Pastu elok nak tekan myk, tertekan badan dia. Lelembik lembut gittew. uish! haru!
Quote coco 10-10-2017 09:59 AM
kalau dia sangkut gak dalam enjin... enjin lama lama akan panas... n ular tu akan meletop.....
Quote rospinki 10-10-2017 10:06 AM
aku paling geram dgn slime anak aku..selalu dia campak merata dlm kete tiba2 lembik je rasa terpegang..terus aku pikir ular sawa
Quote zulka 10-10-2017 10:12 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

ular tu tak boleh masuk dlm kabin....ular tu akan keluar bila kita start enjin bila dia berpeluang....btw kes2 ular masuk dlm enjin ni biasa terjadi...pernah nampak sekali ular keluar dari bwh enjin kete depan aku masa kt trafik light....kompom driver tu tak perasan


Quote BoongaKertas 10-10-2017 10:26 AM
zulka replied at 10-10-2017 10:12 AM
ular tu tak boleh masuk dlm kabin....ular tu akan keluar bila kita start enjin bila dia berpeluang ...

lega dgr penjelasan chuols. Iols bab imaginasi ni, mau melampau2 kalau ada isu ular2 ni. Seriau tgk benda lelembik bersisik mcm tu.
Quote salmon-suki 10-10-2017 10:27 AM
Scary nyeee..ular sawa kekenyangn ok lg..tp lau ular spesis lain,mau kne patuk atau sembur bisa tu,maut ler jawabnye..
Quote nisako 10-10-2017 10:36 AM
erk...........................
Quote @pplegreen 10-10-2017 10:50 AM
mak aiii suka benaw ular ni dok kat area enjin dok memanaskan badan
Quote Burong_Hantuk 10-10-2017 10:58 AM
ular sya lebih hebat.berat ular sya hampir 100kilogram
Quote freezyout 10-10-2017 10:59 AM
adoii ngerinyaaaa
Quote helle 10-10-2017 11:04 AM
coco replied at 10-10-2017 09:59 AM
kalau dia sangkut gak dalam enjin... enjin lama lama akan panas... n ular tu akan meletop.....

Hehehe...meletop dgn percikan api bewarna warni
Quote abangadek 10-10-2017 11:10 AM
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..

tak jadi apa2, ular tu innalillah
Quote abangadek 10-10-2017 11:12 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

boleh, lobang ekon, anak biawak pun penah masuk keta iols, tak tahun masuk celah mana

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.121254 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top