CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5086|Reply: 47

[Tempatan] Ular Sawa Dalam Enjin Kereta.

[Copy link]
Post time 10-10-2017 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-10-2017 01:34 AM

Ular Sawa Dalam Enjin Kereta

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/10/ular-sawa-dalam-enjin/

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 8:14 AM

Anggota APM sedang mengeluarkan ular sawa yang berada di ruang enjin kereta Perodua Alza di Lepan Anjung, Dabong, Isnin. Foto Sinar Online

KUALA KRAI: Hasrat seorang lelaki yang ingin menghantar anaknya ke tabika terbantut apabila dikejutkan dengan penemuan ular sawa seberat 35 kilogram di dalam bahagian enjin kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Kamaruzaman Awang, 45, dari Lepan Anjung, Dabong mahu membuka bahagian bonet kereta Perodua Alza miliknya untuk memeriksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Bagaimanapun, katanya, bonet keretanya sukar dibuka, namun dia tidak mengesyaki apa-apa.

"Lepas berjaya dibuka, saya lihat seekor ular sawa pada bahagian enjin.  "Terkejut melihat ular itu, saya terus lepaskan bonet hingga menghempap ular berkenaan," katanya.

Katanya, dia kemudiannya mengajak adik iparnya, Nik Azwan Nik Soh, 28, untuk mengeluarkan ular tersebut dari kenderaannya, namun lelaki berkenaan enggan.

"Adik ipar kemudiannya hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantu keluarkan ular," katanya yang terpaksa menghantar anaknya ke tabika dengan motosikal.

Menurut Kamaruzaman, sebelum ini, dia dan keluarganya kerap menemui ular di sekitar rumahnya.

"Selalunya saya berani tangkap ular kerana saiznya agak kecil.

"Tapi ular sawa ini agak besar, sebab tu saya tak berani nak keluarkannya dari enjin kereta," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai APM Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, enam anggota bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 8 pagi.

"Setibanya di sana, reptilia itu masih berada pada bahagian ruangan enjin kereta.

"Anggota bertugas mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan ular berkenaan dengan menggunakan penjerut," katanya.

Beliau berkata, tangkapan berkenaan adalah yang ke-209 untuk tahun ini sementara kes pertama tangkapan pada bahagian enjin kenderaan.

Menurutnya, ular sepanjang lima meter itu kemudian dibawa balik ke pejabat APM untuk diserahkan kepada pihak perhilitan. - Sinar Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 09:41 AM | Show all posts
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:45 AM | Show all posts
scary ok...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
malam yg panas ular carik tempat sejuk.kalu stat enjin panaskan tentu dia cari jalan keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:52 AM | Show all posts
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..

valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular sawa lah..soalan serius ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:53 AM | Show all posts
klu kita start engine apa jadi dgn ular tu? scary..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2017 09:54 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

scarynya....sedar2 duduk kat pedal minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:55 AM | Show all posts
zameyla replied at 10-10-2017 09:54 AM
scarynya....sedar2 duduk kat pedal minyak...

meols mmg slalu imagine mcm tu. Pastu elok nak tekan myk, tertekan badan dia. Lelembik lembut gittew. uish! haru!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 09:59 AM | Show all posts
kalau dia sangkut gak dalam enjin... enjin lama lama akan panas... n ular tu akan meletop.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:06 AM | Show all posts
aku paling geram dgn slime anak aku..selalu dia campak merata dlm kete tiba2 lembik je rasa terpegang..terus aku pikir ular sawa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:12 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

ular tu tak boleh masuk dlm kabin....ular tu akan keluar bila kita start enjin bila dia berpeluang....btw kes2 ular masuk dlm enjin ni biasa terjadi...pernah nampak sekali ular keluar dari bwh enjin kete depan aku masa kt trafik light....kompom driver tu tak perasan


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:26 AM | Show all posts
zulka replied at 10-10-2017 10:12 AM
ular tu tak boleh masuk dlm kabin....ular tu akan keluar bila kita start enjin bila dia berpeluang ...

lega dgr penjelasan chuols. Iols bab imaginasi ni, mau melampau2 kalau ada isu ular2 ni. Seriau tgk benda lelembik bersisik mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary nyeee..ular sawa kekenyangn ok lg..tp lau ular spesis lain,mau kne patuk atau sembur bisa tu,maut ler jawabnye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:36 AM | Show all posts
erk...........................
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:50 AM | Show all posts
mak aiii suka benaw ular ni dok kat area enjin dok memanaskan badan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ular sya lebih hebat.berat ular sya hampir 100kilogram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 10:59 AM | Show all posts
adoii ngerinyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
coco replied at 10-10-2017 09:59 AM
kalau dia sangkut gak dalam enjin... enjin lama lama akan panas... n ular tu akan meletop.....

Hehehe...meletop dgn percikan api bewarna warni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 11:10 AM | Show all posts
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..

tak jadi apa2, ular tu innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 11:12 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...

boleh, lobang ekon, anak biawak pun penah masuk keta iols, tak tahun masuk celah mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054868 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list