CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Bantah Bina Masjid Di Penampang

26-8-2013 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13617| Komen: 75

KOTA KINABALU:  Tiada siapa yang berani mengesahkannya.


Malah Pegawai Daerah Penampang tidak tahu menahu mengenai cadangan pembinaan sebuah masjid, yang dipercayai bernilai RM4 juta di atas sebidang tanah yang dulunya merupakan kawasan penanaman padi di daerah Penampang, yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Kristian.

Bekas Anggota Parlimen Penampang, Tan Sri Bernard Dompok dan beberapa pemimpin lain juga tidak tahu mengenai sebarang rancangan untuk membina masjid di daerah ini.

Namun begitu, isu ini sudah menjadi ‘buah mulut’ orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu, ketika beliau masih lagi Yang Berhormat dan menjadi menteri kerajaan persekutuan.

Penduduk di daerah ini tertanya-tanya sama ada majlis daerah dan pemimpin di daerah ini menyembunyi maklumat itu daripada diketahui umum.

Keadaan ini agak mustahil, masakan mereka tidak tahu perkembangan di kawasan sendiri, apatah lagi jika ia membabitkan isu sensitif membabitkan agama. Mereka tertanya-tanya adakah benar sebuah masjid besar akan dibina di tengah-tengah daerah Penampang.

Kurang senang

Jo Nandu, yang mewakili kumpulan yang membantah pembinaan masjid di daerah ini berkata, projek itu seolah-olah menjadi ‘satu misteri’ dan khabar angin bertiup kencang mengenainya dan ini menyebabkan ramai penduduk berasa kurang senang.

“Beberapa individu, termasuk beberapa pemimpin yang prihatin, pergi berjumpa dengan pegawai daerah kerana mahukan kepastian.

Tetapi para pegawai di Pejabat daerah mengaku tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membina masjid itu dan tidak juga meluluskan apa-apa dokumen membabitkan projek itu.

“Bagaimana mereka tidak tahu mengenainya sedangkan projek itu sudah bermula?

“Sebagai pihak berkuasa kerajaan tempatan, adalah menjadi tugas mereka untuk mengambil tahu apa yang berlaku dan memyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, mustahil pemimpin di daerah yang majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Kadazan, tidak tahu tentang perkara ini kerana pelaksanaan projek itu juga sudah ada blognya sendiri sejak 2008.

“Adakah pemaju projek tidak memohon dan oleh itu tidak menyerahkan sebarang permohonan kepada Pejabat Daerah Penampang untuk mendapatkan kelulusan? Jika tidak, siapa yang memberikan kelulusan dan kenapa penduduk setempat tidak dimaklumkan mengenainya,” soal Jo.

Blog wakaf masjid

Maklumat dalam blog wakaf Masjid Penampang di alamat http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com/ mengesahkan memang ada cadangan pembinaan masjid itu dan malah mengatakan, kerja-kerja menambak tapak masjid sudah pun siap Jun lalu.

Blog yang dipos oleh individu yang bernama Suhaili itu turut menyertakan 11 gambar memaparkan tapak binaan yang sudah ditimbun.

Dalam blog itu, Suhaili turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa Wakaf Masjid melancarkan untuk kali kedua, dana wakaf masjid Penampang untuk memungut derma bagi membantu membiayai pembinaannya.

Jelas sekali rancangan pembinaan itu sudah dimulakan seawal tahun 2008 apabila pungutan dana wakaf dilancarkan di mana lebih RM900,000 berjaya dikumpul.

Daripada jumlah itu sebanyak RM564,538 dipercayai digunakan untuk membeli tanah seluas 1.44 ekar di Jalan Lintas Penampang pada Disember 2010.

Menurut blog itu, tanah diamanahkan oleh tiga pemegang amanah terdiri daripada ahli jawatankuasa sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAIS).

Tanah dikatakan dimiliki individu yang ‘bermurah hati’ memindah milik tanah pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran.

Turut dinyatakannya ialah, menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 nanti, sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang menjadi projek Kementerian Pelajaran, juga akan didirikan tidak jauh daripada masjid itu.

Blog itu memberitahu, upacara pecah tanah dijadual diadakan September ini di mana Ketua Menteri Datuk Musa Aman selaku penaung projek, dijangka hadir.

Mengenai latar belakang projek itu, penulis blog berkata, daerah Penampang yang berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan kepesatan penduduk dengan penjawat awam, swasta dan peniaga beragama Islam.

Pusat Informasi Islam

Dan antara matlamat pembinaan masjid itu menurutnya ialah menjadikannya Pusat Informasi Islam dan mengembangkan agama itu di daerah Penampang.

“Penduduk Penampang sudah pasti akan membantah pembinaan ini. Cara ia dilaksanakan seolah-olah diselubungi misteri dan membelakangkan pendapat penduduk setempat yang tidak dibawa berunding.

“Ini membuktikan mereka tidak jujur kepada orang-orang Kadazan yang beragama Kristian di Penampang,” katanya.

Menurut Jo, mungkin mereka sudah tahu pembinaan itu akan mendapat tentangan, maka mereka tidak perlu berunding dengan penduduk. Namun, penduduk tidak menyukai mereka diperlakukan seperti ini di mana hak bersuara mereka diketepikan.

Kata Jo, walaupun pihak berkuasa sudah memulakan kerja-kerja menimbun, belum ada tanda papan yang mengatakan nama projek, nama arkitek dan pemaju dipacak di lokasi itu.

“Kenapa? Pegawai Daerah memberitahu mereka juga tidak menerima permohonan daripada arkitek atau reka bentuk masjid itu. Adakah masjid ini terlalu istimewa hingga tidak perlu melalui kelulusan kerajaan tempatan?”

Tinjauan wartawan Free Malaysia Today di lokasi dekat Jalan Pintas Penampang menunjukkan tapak yang dimaksudkan sudah ditimbun di tengah-tengah kawasan penanaman padi. Di sekitar lokasi itu juga terdapat lebih 20 rumah usang, dipercayai milik pendatang asing.

Sumber memberitahu, satu aduan pernah dibuat mengenai petempatan setinggan itu dan sepatutnya sudah ada rancangan untuk merobohnya tetapi ‘seseorang dari atas’ memberi arahan untuk menghentikan tindakan meroboh rumah-rumah usang itu.

Dalam tinjauan di sana, kanak-kanak yang ditemui memberitahu yang mereka adalah Muslim dari Filipina.

Jo mempersoalkan kenapa petempatan yang jelas menunjukkan ia petempatan setinggan asing ini tidak dirobohkan seperti setinggan yang lain. Adakah mereka yang akan menguruskan atau menjaga masjid itu nanti?

Berunding

Sehubungan itu katanya, pihak yang berkenaan perlu tampil berunding dengan mereka sebagai penduduk asal di daerah ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa masyarakat setempat akan keluar membantah pembinaan masjid itu kerana ia dibina di tengah-tengah kawasan majoriti bukan Islam.

Beliau bimbang keamanan yang selama ini yang dikecami penduduknya akan terjejas kerana berlakunya percanggahan kepercayaan dan cara hidup nanti.

Masyarakat Kadazan dan Dusun di daerah ini masih mengamalkan kehidupan tradisi di mana ramai yang memelihara babi dan haiwan lain yang dianggap haram dalam Islam. Haiwan ini masih kelihatan berkeliaran di kampung-kampung dan di jalan-jalan raya.

“Kami tidak mahu satu hari nanti, mungkin kami diarah untuk berhenti memelihara babi atau makan daging haiwan itu di kedai-kedai.

“Ini adalah antara kesan ‘chain reaction’ jika orang Islam mula mengarah bukan Islam melakukan sesuatu atas nama bimbang ia menyinggung perasaan mereka.

“Penduduk Penampang dari dulu lagi mengamalkan cara hidup itu dan berpegang teguh dengan agama Kristian sebagai kepercayaan rohani mereka,” katanya menambah Penampang patut tidak ‘diganggu’ dan dibiarkan dalam keadaan sosial dan budayanya sekarang.

Lagipun katanya, orang Islam yang tinggal di kawasan perumahan di daerah ini boleh bersembahyang di masjid Kota Kinabalu dengan menaiki kenderaan yang jauhnya hanya 15 km atau di Putatan yang ada banyak surau dan masjid.

Kata Jo, penduduk kampung sudah mengadakan dialog untuk membincangkan perkara itu dan dialog kedua akan diadakan tidak lama lagi untuk memuktamadkan beberapa tindakan yang akan diambil termasuk mempertimbangkan tindakan mahkamah.

“Semuanya bergantung kepada hasil siasatan kami dan data yang dikumpulkan. Semuanya akan dilakukan mengikut saluran yang betul,” katanya.

Penampang yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang tidak ada masjid.  Dengan lebih daripada 150,000 penduduk, lebih 90% peratus adalah bukan Islam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 25-8-2013 02:13 PM
mungkin sama kes macam di shah alam dulu.... kawasan majoriti islam, tapi nak buat kuil... kalau kes ini, kalau orang islam nak sembahyang pergi Putatan / KK....
Quote Peterpan17 25-8-2013 02:15 PM
Rmh parents aku kat Penampang tak jauh dr Pekan Donggongan. Takde pun dengar cerita pls masjid ni. Tp mmg betul, Penampang ni area mostly non muslim.
Quote AdamBillionaire 25-8-2013 02:19 PM
@ Chazey betul ke bah berita ini?
Quote Peterpan17 25-8-2013 02:21 PM
AdamBillionaire posted on 25-8-2013 02:19 PM
@ Chazey betul ke bah berita ini?

Salah penggunaa bah ko tu. Sepatutnya ko tulis, betul kah berita ni?? tiada bah.

@chazey mari ko sini
Quote AdamBillionaire 25-8-2013 02:31 PM
Peterpan17 posted on 25-8-2013 02:21 PM
Salah penggunaa bah ko tu. Sepatutnya ko tulis, betul kah berita ni?? tiada bah.

@chazey mari  ...

aku org kadazan dusun langguangnya begitu bah
Quote chazey 25-8-2013 02:33 PM
Peterpan17 posted on 25-8-2013 02:21 PM
Salah penggunaa bah ko tu. Sepatutnya ko tulis, betul kah berita ni?? tiada bah.

@chazey mari  ...

tidak apa. urang baru belajar ini memang eksperimental. jadi biar saja dia explore penggunan kata bantu bah sambil2 kita kasi betul apa yang salah.



Quote Decaffeinated 25-8-2013 02:41 PM
Peterpan17 posted on 25-8-2013 02:21 PM
Salah penggunaa bah ko tu. Sepatutnya ko tulis, betul kah berita ni?? tiada bah.

@chazey mari  ...

kalau aku cakap 'cantik bah kau itu...' betul ka?...

belajar dari Jimmy Pulicat... ka haper namanyer...



Quote chazey 25-8-2013 02:47 PM
Peterpan17 posted on 25-8-2013 02:21 PM
Salah penggunaa bah ko tu. Sepatutnya ko tulis, betul kah berita ni?? tiada bah.

@chazey mari  ...

by the way bos,

Jo Nandu dalam artikel ini, musti ada kaitan sama Madelyn Nandu kan.



saudara ko ka ni bos? kirim salam. suruh dia jangan seksi2 lagi lepas kahwin. biarlah keseksian mu untuk tatapan suami mu saja bilang sama dia.
Quote chazey 25-8-2013 02:48 PM
Decaffeinated posted on 25-8-2013 02:41 PM
kalau aku cakap 'cantik bah kau itu...' betul ka?...

belajar dari Jimmy Pulicat... ka haper  ...

woo, excellent. ayat itu betul sangat dari segi tatabahasa.

@AdamBillionaire sepanjang kapel dengan awek Sabah takda belajar hapa2 ka? ampeh ko ni.
Quote AdamBillionaire 25-8-2013 02:54 PM
chazey posted on 25-8-2013 02:48 PM
woo, excellent. ayat itu betul sangat dari segi tatabahasa.

@AdamBillionaire sepan ...

chazey kau sabah belah mana?
Quote chazey 25-8-2013 03:02 PM
AdamBillionaire posted on 25-8-2013 02:54 PM
chazey kau sabah belah mana?

aku tinggal area gunung bukit bukau.
Quote noraidil_06 25-8-2013 03:04 PM
Kate org sabah sarawak sporting? Sporting ke cenggini?
Quote biosfree 25-8-2013 03:07 PM
Ye area non. Org islam bleh kompromi tapi org cina topikong sana sini...dkt kwsn perumahan pn ada...tanah sawah pn leh jdi pusat topekong ala2 negara china..tah mcm ne bleh jdi mcm tu....
Quote Decaffeinated 25-8-2013 03:19 PM
noraidil_06 posted on 25-8-2013 03:04 PM
Kate org sabah sarawak sporting? Sporting ke cenggini?

dah lama dah depa sporting walau depa Kristian majoriti.

ini mungkin belajar dari org semenanjung lah ni...

Quote cmf_shalom 25-8-2013 03:24 PM
noraidil_06 posted on 25-8-2013 03:04 PM
Kate org sabah sarawak sporting? Sporting ke cenggini?

secara tradisinya sbhan n srwkian ni sgt sporting....tetapi lately bnyk benda yg blaku dlm negara ini myebabkan sentimen prejudis mula bkuntum...nk salahkan sapa erk?
Quote chazey 25-8-2013 03:28 PM
noraidil_06 posted on 25-8-2013 03:04 PM
Kate org sabah sarawak sporting? Sporting ke cenggini?

sebenarnya nok,

jika kawasan itu tidak ramai Moslem, elok la difikirkan semula wajar atau tidak nak buat rumah ibadah Moslem di tempat itu.

di kampung bapa aku, ada la dua or tiga keluarga Moslem saja zaman aku kecik2 dulu. kemudian dibina sebuah masjid di kawasan itu. tahu apa jadi? jadi tempat kambing tidur dan buang tahi sahaja.

namun sekarang ini sudah ramai (tapi itu pun tidak lebih dari 10 keluarga dan kebanyakannya tidak tinggal menetap di kampung itu) yang Moslem. aku sudah tidak tahu akan keadaan masjid itu. mungkin sudah bertambah baik. dah lama tidak jenguk sana.
Last edited by chazey on 25-8-2013 03:30 PM

Quote Bedah.Cun 25-8-2013 03:34 PM
Di kampung Bedah pun dah mule jadi sentimen ni. Babah kata sedara2 yang Kristian tanak campur dah dengan kitorang... Benci!!!!
Quote chazey 25-8-2013 03:37 PM
noraidil_06 posted on 25-8-2013 03:04 PM
Kate org sabah sarawak sporting? Sporting ke cenggini?

pada saya sporting sangat sebab selama ini Muslim Sabah dan Sarawak tidak bising pun bila Kristian guna Allah dalam Bible. masing2 faham, masing2 hormat dan masing2 tak kacau sesama sendiri.

namun sejak akhir2 ini, susah nak cakap.

bak kat Shalom, kebencian dan prejudis mula berkuntum.
Last edited by chazey on 25-8-2013 03:39 PM

Quote AHMADVW 25-8-2013 03:45 PM
kt selangor time pemerintahan  BN umno. relaks jer kuil  hindu terbesar, kt blkg giant  bt caves pun ade gereja, senyap je macai umno dan geng kepala lombu

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.090896 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top