CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Nak Tahu Jantina Bayi" - Ungku Hariz, Jihan

8-10-2017 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8638| Komen: 49|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat, namun kami mengambil keputusan untuk tidak ingin mengetahui jantina bayi kami.”

Aik, kalau orang lain teruja nak tahu apa jantina bayi sulung yang bakal dilahirkan, berbeza pula dengan pasangan selebriti Jihan dan Ungku Hariz.



Memetik Astro Gempak, pasangan itu mendedahkan mereka masih belum membuat persiapan menjelang kelahiran cahaya mata sulung mereka pada awal tahun depan.

Walaupun kandungan sudah memasuki usia lima bulan, Ungku Hariz berkata mereka langsung tak berasa cemas hingga terlalu taksub membeli barangan kelengkapan bayi.



"Kata orang beli dahulu sedikit-sedikit tetapi mungkin kami bukan pasangan sebegitu. Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah.

"Baik saya mahupun Jihan kami belum membuat apa-apa persediaan menyambut kelahiran bayi sulung kami.

"Begitu juga nama, setakat hari ini kami belum memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Ungku Hariz, dia mendapatkan panduan dan nasihat daripada kenalan dan keluarganya sebagai persediaan menjadi seorang bapa. Yalah, tak gelabah tak bermakna tak gementar nak jadi seorang ayah, kan?


Foto: IG Ungku Hariz/Jihan

"Perasaan sekarang memang gemuruh untuk bergelar seorang bapa namun saya lebih banyak mendapatkan nasihat daripada kenalan rapat yang sudah menimang cahaya mata pada usia muda.

"Selain itu, ahli keluargalah yang paling banyak memberikan panduan kepada saya," ujarnya.

Buat suspens sajalah Jihan dan Ungku Hariz ni. Jangan dah bersalin baru gelabah nak cari pakaian segala bagai sudahlah ya. - CARI
5

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 8-10-2017 01:57 PM
Tengok jihan comel je, mesti baby boy
Quote doubleA 8-10-2017 02:17 PM
Kot ye pun buat juga la persediaan sikit2. In case terkeluar awal baby. Bukan takda kes baby keluar 6 bulan. Apapun semoga dipermudahkan semua
Quote chinta89 8-10-2017 02:17 PM
semoga selamat ye.
Quote mizkajura 8-10-2017 02:19 PM
Tahniah{:love{:love{:love
Quote pavlovachoc 8-10-2017 02:33 PM
doubleA replied at 8-10-2017 02:17 PM
Kot ye pun buat juga la persediaan sikit2. In case terkeluar awal baby. Bukan takda kes baby keluar  ...

nth2 dh beli siap2 cume saje je ckp x beli pape lg.
Quote tomaz 8-10-2017 02:38 PM
org beli awal sbb x daya nk bawak perut gi shopping.. lg2 bila dah masuk last month pregnancy.. papepon moga selamat semua nya
Quote abangadek 8-10-2017 02:44 PM
ungku haris ni nsem la
Quote riy 8-10-2017 03:09 PM
comei gak jihan ni.makin lama makin letops .
ungku haris pun makin smart kalo x poyo je muka.
keh.
Quote RatuDunia94 8-10-2017 03:10 PM
doubleA: Kot ye pun buat juga la persediaan sikit2. In case terkeluar awal baby. Bukan takda kes baby keluar 6 bulan. Apapun semoga dipermudahkan semua


Contohnya Nadya Syahera.. {:nose
Quote kuzaime 8-10-2017 04:09 PM
Agak2 larat lg x jadik host gv nnti?
Anak sulung bnyk brg kena prepare selain pakaian.. Eloknya 7 bln keatas dah bole start beli..nnti x kelam kabut + x ada lah mengah berjalan bila perut dah sarat nnti..
Quote Linopot 8-10-2017 04:11 PM
Iolls dl pun mcm tu jgk.. Saja x nak tau jantina baby.. Bl bj baby pun bl kaler white je.. Boy n girl blh guna..
Quote DeeHanania 8-10-2017 04:14 PM
Beli jer skit2,sblm Jihan lum tengah sarat lagi...
Apapun smoga dpermudahkan urusan
Quote aleesyasofia 8-10-2017 04:19 PM
semoga dipermudahkan urusannya..
Quote moonbug 8-10-2017 04:36 PM
Kalau mengah pun nnt beli online je sudah. Especially baju kan. Bkn kena pegi mall nak beli baju. Click2 je terus sampai
Quote McGojes 8-10-2017 08:43 PM
Shopping online jah. Sesedor penuh bilik
Quote imthegirl 8-10-2017 08:47 PM
Tak payah beli pon. Nanti banyak yang sponsor.
Quote amiekz86 8-10-2017 09:24 PM
tahniah laAa...sat ja dh 5 bulan
Quote babycc 8-10-2017 09:42 PM
Menimang cahaya mata di usia muda?? Muda ke???
Quote Carcosa 8-10-2017 11:39 PM
Ai'olls sorang je ke yg rasa si Ungku Haris ni kalau berlakon, sgt annoying? Trying too hard. Dah mcm BBNU.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069663 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top