"Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat, namun kami mengambil keputusan untuk tidak ingin mengetahui jantina bayi kami.”
Aik, kalau orang lain teruja nak tahu apa jantina bayi sulung yang bakal dilahirkan, berbeza pula dengan pasangan selebriti Jihan dan Ungku Hariz.
Memetik Astro Gempak, pasangan itu mendedahkan mereka masih belum membuat persiapan menjelang kelahiran cahaya mata sulung mereka pada awal tahun depan.
Walaupun kandungan sudah memasuki usia lima bulan, Ungku Hariz berkata mereka langsung tak berasa cemas hingga terlalu taksub membeli barangan kelengkapan bayi.
"Kata orang beli dahulu sedikit-sedikit tetapi mungkin kami bukan pasangan sebegitu. Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah.
"Baik saya mahupun Jihan kami belum membuat apa-apa persediaan menyambut kelahiran bayi sulung kami.
"Begitu juga nama, setakat hari ini kami belum memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Ungku Hariz, dia mendapatkan panduan dan nasihat daripada kenalan dan keluarganya sebagai persediaan menjadi seorang bapa. Yalah, tak gelabah tak bermakna tak gementar nak jadi seorang ayah, kan?
Foto: IG Ungku Hariz/Jihan
"erasaan sekarang memang gemuruh untuk bergelar seorang bapa namun saya lebih banyak mendapatkan nasihat daripada kenalan rapat yang sudah menimang cahaya mata pada usia muda.
"Selain itu, ahli keluargalah yang paling banyak memberikan panduan kepada saya," ujarnya.
Buat suspens sajalah Jihan dan Ungku Hariz ni. Jangan dah bersalin baru gelabah nak cari pakaian segala bagai sudahlah ya. - CARI |