Sebuah kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), mengorbankan penunggangnya, Mazuki Mohamad, 34, akibat parah di kepala, lapor Harian Metro.
Kejadian berlaku di Kilometer 355, LPT2, dekat susur keluar Kuala Dungun, kira-kira jam 5 petang semalam. Difahamkan mangsa yang menunggang motosikal BMW R 1,200 CC sedang berkonvoi bersama dua rakannya dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana Paka, Dungun. “Motosikal besar itu tiba-tiba terbalik dan meluncur sebelum penunggangnya terperosok di bawah kereta saya," kata Mohd Badrul Hisham Mohd Azmi, 27.
Sebelum kejadian, Badrul memandu kereta Honda Civic dari arah Ajil untuk pulang ke rumahnya di Kemaman. "Ketika itu hujan lebat yang menyebabkan kereta saya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum tersadai di tepi jalan. "Saya tidak keluar dari kenderaan kerana hujan lebat dan 10 minit selepas itu saya terdengar dentuman sebelum melihat motosikal mangsa yang terbalik meluncur ke arah kereta saya," katanya. Tambahnya, mangsa kemudian tercampak dari motosikal itu sebelum terperosok ke bawah keretanya, manakala motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan selepas merempuh keretanya. "Saya keluar membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa berlumuran darah dan sudah tidak bergerak lagi. "Saya hubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan bomba tiba tidak lama kemudian," katanya. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ruzali Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. Anggota terpaksa mengangkat kenderaan terbabit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. "Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut," katanya. - CARI |
7
Bagus |
24
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
5
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor replied at 8-10-2017 05:43 AM
I cukup Tak berkenan motor macam gini, Mahal Mahal, kalau hujan duduk bawah jambatan jugak
Apap ...
DARSITA replied at 8-10-2017 08:53 AM
Motor BMW model ni gear satu pun dah mcm roket .. silap silap bukan hang bawa motor tapi motor bawa ...
ADVERTISEMENT