Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, bakal berdepan hukuman penjara selepas pihak pendakwaan mencadangkan dia dikenakan hukuman penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.
Memetik Harian Metro, Pendakwa Raya Maria F Tarigan berkata ketika sesi perbicaraan di hadapan hakim Wahyu Prasetyo Wibowo, kelmarin, bahawa Benjy melanggar Undang-Undang Narkotik 2009 negara itu. “Kami menuntut panel hakim memenjarakan tertuduh selama 14 tahun,” katanya. Pihak pendakwaan turut memohon hukuman penjara serta denda sebanyak Rp800 juta (RM250,944) dijatuhkan ke atas Benjy.
Pada 18 April lalu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya. - CARI
|
MissVixen replied at 4-10-2017 08:06 PM
Laaa.... ingat dapat kena tembak. Liat betul dia ni.
cancer_files replied at 4-10-2017 09:09 PM
Kalau dia bawa lebih dari 5 gram, hukuman mati dah kemungkinan besar terjadi...
bedaksiam replied at 4-10-2017 08:18 PM
Kalau dia tak boleh byr denda 800 juta rupiah tu mcmana?
cancer_files replied at 4-10-2017 09:44 PM
Sesuai berita, dipenjara 6 bulan selain 14 tahun yang dituntut
ADVERTISEMENT