CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurulatih Renang Rogol Atlet

3-10-2017 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19309| Komen: 83

Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan selepas dipercayai merogol seorang atlet.

Suspek yang berasal dari negara China itu ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Berita Harian melaporkan, suspek berusia 35 tahun yang mempunyai status penduduk tetap (PR) negara ini ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Gambar Hiasan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata,

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.


"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan." 

Suspek sebelum ini pernah terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air. 

Namun mangsa pula tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017 lepas. -CARI
15

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 3-10-2017 03:03 PM
Kesiannya la budak2 jd mangsa manusia2 bernafsu binatang ni. Hukuman sebat kote kene diwujudkan
Quote JoyahSepoting 3-10-2017 03:05 PM
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.  
Quote tumpanglalu74 3-10-2017 03:07 PM
JoyahSepoting replied at 3-10-2017 03:05 PM
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.

Sile jawab..
Quote dizzzek 3-10-2017 03:23 PM
JoyahSepoting replied at 3-10-2017 03:05 PM
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.

ni kira lama la
klau indon plg cpt
Quote AbukRokok 3-10-2017 03:33 PM
hari hari tgk apom... fetish le tu
Quote helicornia 3-10-2017 04:14 PM
sukan renang n terjun memang mostly coach dr china kan.termasuk juga gimnastik
Quote raradhia 3-10-2017 04:15 PM
aduhhh, d mn2 pun xselamat
Quote matchstick 3-10-2017 05:45 PM
Pedo kah..atau dikira rogol sbb bawah umur
Quote palmolive 3-10-2017 05:48 PM
slow jek thread nie
Quote changa=famri7 3-10-2017 05:56 PM
KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, di sini, semalam, selepas dipercayai merogol seorang atlet.

Suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan, kejadian rogol berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau mengesahkan setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.

Sementara itu, sumber berkata, suspek berkenaan sebelum ini terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air.

Namun, mangsa tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017, yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik sudah berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.

Quote kucing_gebu 3-10-2017 06:00 PM
Xtahan nengok atlet tu berpakaian renang
Quote EvieWanKenobi 3-10-2017 06:10 PM
mohon diberi hukuman setimpal..
Quote TOPwind 3-10-2017 06:14 PM
EvieWanKenobi replied at 3-10-2017 06:10 PM
mohon diberi hukuman setimpal..

jika di China memang masak dia ni
tapi di Mesia ni MCA atau DAP akn lingdung dia
sbb serumpun .
Quote Knowlee 3-10-2017 06:16 PM
Takleh dapatkan gambar? Org Cari kan selalu cepat dpt gambar suspek.
Quote Konahhh 3-10-2017 06:19 PM
Seharusnya hantar balik negara asal coach ni! Kesiannya la budak renang ni, datang nak belajar kena rogol pulak {:yameteh
Quote adel7 3-10-2017 06:20 PM
sia sia je. boleh buat hal pulak
Quote aHoi83 3-10-2017 06:24 PM
Rase thread ni dh dibuka awal oleh forumer @dizzzek. @spiderman80 bole katup thread ni
Quote aHoi83 3-10-2017 06:27 PM
aHoi83 replied at 3-10-2017 06:24 PM
Rase thread ni dh dibuka awal oleh forumer @dizzzek. @spiderman80 bole katup thread ni

Salah tag plak tadi .. abg @dizzzek . Sila sahkan
Quote jetrofa 3-10-2017 07:00 PM
mangsa tu tak wakil negara pun kan..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.108918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top