CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13797|Reply: 83

[Tempatan] Jurulatih Pasukan Renang Kebangsaan Ditahan Polis Dipercayai Merogol Seorang Atl

[Copy link]
Post time 3-10-2017 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 3-10-2017 10:50 PM

Jurulatih renang rogol atlet
Oleh Safeek Affendy Razali
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, di sini, semalam, selepas dipercayai terbabit merogol seorang atlet.

Suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus taraf penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau mengesahkan setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.

Sementara itu, sumber berkata, suspek berkenaan sebelum ini terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air.

Namun, mangsa tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017, yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik sudah berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya la budak2 jd mangsa manusia2 bernafsu binatang ni. Hukuman sebat kote kene diwujudkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:05 PM | Show all posts
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:07 PM | Show all posts

Kay Jay

JoyahSepoting replied at 3-10-2017 03:05 PM
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.

Sile jawab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2017 03:23 PM | Show all posts
JoyahSepoting replied at 3-10-2017 03:05 PM
skrg 5 tahun dh bleh dpt PR ye.. untung la.

ni kira lama la
klau indon plg cpt
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:33 PM | Show all posts
hari hari tgk apom... fetish le tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sukan renang n terjun memang mostly coach dr china kan.termasuk juga gimnastik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aduhhh, d mn2 pun xselamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedo kah..atau dikira rogol sbb bawah umur
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 05:48 PM | Show all posts
slow jek thread nie
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 05:56 PM | Show all posts

Jurulatih renang kebangsaan rogol atlet

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, di sini, semalam, selepas dipercayai merogol seorang atlet.

Suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan, kejadian rogol berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau mengesahkan setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.

Sementara itu, sumber berkata, suspek berkenaan sebelum ini terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air.

Namun, mangsa tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017, yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik sudah berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtahan nengok atlet tu berpakaian renang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:10 PM | Show all posts
mohon diberi hukuman setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:14 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 3-10-2017 06:10 PM
mohon diberi hukuman setimpal..

jika di China memang masak dia ni
tapi di Mesia ni MCA atau DAP akn lingdung dia
sbb serumpun .
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh dapatkan gambar? Org Cari kan selalu cepat dpt gambar suspek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Seharusnya hantar balik negara asal coach ni! Kesiannya la budak renang ni, datang nak belajar kena rogol pulak {:yameteh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 06:20 PM | Show all posts
sia sia je. boleh buat hal pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rase thread ni dh dibuka awal oleh forumer @dizzzek. @spiderman80 bole katup thread ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 3-10-2017 06:24 PM
Rase thread ni dh dibuka awal oleh forumer @dizzzek. @spiderman80 bole katup thread ni

Salah tag plak tadi .. abg @dizzzek . Sila sahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mangsa tu tak wakil negara pun kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.075182 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list