Kalau perasan memang berlambak papan iklan produk kosmetik di sepanjang lebuh raya di Malaysia. Disebabkan itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Azizul Azli Ahmad berjaya meraih perhatian ramai apabila mempersoalkan tentangnya di Facebook.
“Dik abang nak tanya dik, kenapa lebuh raya penuh dengan iklan kosmetik dik? Buruk sangat ke muka kami yang pakai highway ni dik? “Iklan biasanya ditempatkan di lokasi sasaran, maka kami adalah sasaran penguna setiap hari. Abang tanya je, jangan kecam pulak.” Kebanyakan netizen memberikan pelbagai respon mengenainya. Antara komen: “Bukan buruk tapi pengguna lebuh raya perasan dia buruk.”
“Pastu semua nak claim (dakwa) nombor satu di Malaysia.” “Bisnes kosmetik tengah trending sekarang ni, sebab tu ramai yang nak jadi pengasas produk.” Walau bagaimanapun Azizul, 40 yang juga merupakan seorang perunding kewangan dan hartanah itu menerangkan kenyataan yang dibuat adalah mewakili pandangan alter egonya dengan nada bergurau. “Iklan kosmetik terlalu banyak, sehingga saya rasa ia berlebihan di lebuh raya. Sekejap-sekejap ada iklan, dengan jarak antara 500 meter dan satu kilometer. “Selain lambakan, kebanyakan iklan berkenaan juga tidak berkualiti dari segi grafik dan penggunaan tagline yang merendahkan pemikiran pengguna,” katanya kepada mStar Online. Pensyarah kanan di Fakuliti Senibina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak itu juga turut menggesa agar satu garis panduan dibuat dalam pemilihan iklan bersesuaian dengan tahap keselamatan pemasangannya di lebuh raya. “Mohon semua 'read between the lines' sebab saya beri pandangan untuk kebaikan bersama, tapi dibuat secara santai. “Saya faham lambakan iklan ini sebab adanya permintaan, tetapi perlulah ada sikap bertanggungjawab terhadap produk yang ingin dipasarkan.” -CARI
|
ryer25 replied at 3-10-2017 10:53 AM
yang penting pbt masyuk
saladin780 replied at 3-10-2017 10:52 AM
mmg banyak pun..dah la majoriti iklan ala2 low class produk timbang kati
amyza replied at 3-10-2017 11:21 AM
Yg perasan iklan kosmetik purdah tu. I terkejut ingat hantu,mamai baru bangun tido
Peterpan17 replied at 3-10-2017 11:21 AM
Iklan kosmetik timbang kati. Murahan punya kosmetik. Adik aku dgn wife aku pelik sapa lah yg beli ...
ADVERTISEMENT