View: 19266|Reply: 168
|
[Tempatan]
Lebuh raya kosmetik : Netizen tertekan lebuhraya penuh iklan kosmetik
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Seorang lelaki meraih perhatian selepas mempersoalkan adakah lebuh raya di negara ini kini dilabel sebagai ‘lebuh raya kosmetik’.
“Dik abang nak tanya dik, kenapa lebuh raya penuh dengan iklan kosmetik dik? Buruk sangat ke muka kami yang pakai highway ni dik?
“Iklan biasanya ditempatkan di lokasi sasaran, maka kami adalah sasaran penguna setiap hari. Abang tanya je, jangan kecam pulak,” katanya di laman sosial pada Ahad.
Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk pandangan yang memberikan hujah masing-masing.
'Posting' Azizul di laman sosial mengenai lambakan papan iklan kosmetik di lebuh raya.
Seorang netizen membalas: “Bukan buruk tapi pengguna lebuh raya perasan dia buruk.”
“Pastu semua nak claim (dakwa) nombor satu di Malaysia,” kata seorang netizen yang merujuk kepada segelintir iklan yang menjadikan ia sebagai pelaris.
“Bisnes kosmetik tengah trending sekarang ni, sebab tu ramai yang nak jadi pengasas produk,” kata seorang lagi netizen.
Bagaimanapun pemilik akaun Facebook tersebut, Dr Azizul Azli Ahmad, 40, berkata, kenyataan yang dibuat adalah mewakili pandangan ‘alter ego’ dengan nada bergurau.
Sebaliknya, perunding kewangan dan hartanah itu cuba menyampaikan maksud yang tersirat mengenai lambakan papan iklan produk kosmetik di sepanjang lebuh raya.
“Iklan kosmetik terlalu banyak, sehingga saya rasa ia berlebihan di lebuh raya. Sekejap-sekejap ada iklan, dengan jarak antara 500 meter dan satu kilometer.
“Selain lambakan, kebanyakan iklan berkenaan juga tidak berkualiti dari segi grafik dan penggunaan tagline yang merendahkan pemikiran pengguna,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Antara komen netizen mengenai 'lebuh raya kosmetik'.
Hanya kerana mahu tampil cantik, Azizul mendedahkan bahawa seorang pelanggannya sanggup membuat pinjaman peribadi sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membiayai kos rawatan kecantikan.
Azizul yang juga pensyarah kanan di Fakuliti Senibina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak berharap terdapat garis panduan dalam pemilihan iklan bersesuaian dan tahap keselamatan pemasangannya di lebuh raya.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pengusaha produk kosmetik termasuk ejen dan pengedar supaya tidak melatah dengan kenyataannya yang tersirat itu.
“Mohon semua 'read between the lines' sebab saya beri pandangan untuk kebaikan bersama, tapi dibuat secara santai.
“Saya faham lambakan iklan ini sebab adanya permintaan, tetapi perlulah ada sikap bertanggungjawab terhadap produk yang ingin dipasarkan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg banyak pun..dah la majoriti iklan ala2 low class produk timbang kati |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting pbt masyuk |
|
|
|
|
|
|
|
pbt nakk hasil... kalo pbt memilih nanti x de bonus lak
|
|
|
|
|
|
|
|
iklan pemutih ketiak pun
ada kat highway.. |
|
|
|
|
|
|
|
kite tunggu apa tindakan selanjutnya |
|
|
|
|
|
|
|
pencemaran estetika. bila PLUS mark up harga untuk pasang billboard, owner tanah-tanah di sepanjang highway plak gigih sewakan tanah masing-masing untuk pasang billboard. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin iklan kat hiway tu tak mahal mcm dlm bandar kot? rasanya la..
yg aku perasan byk nau iklan pomade tu. smpi ke utara ada jek..
yg aku suka iklan suh slow kat tpmt aes tu. sebelum exit slim river ke mana tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu nampak iklan gambir emas |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku tahu lps 3 kali signboard kemere (yg kuning smua ye bkn yg hijau & kuning ye ank2) akn ade aes. So slow down la. Bg la beam kt org dpn klo laju. Wtpe bg duet pree kt gomen ye dak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lalu highway to office so jarang nampak |
|
|
|
|
|
|
|
iklan bodoh hisap-hisap terus cantik tu da xde g kan
pernah nampak pas rnr rawang |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan kosmetik timbang kati. Murahan punya kosmetik. Adik aku dgn wife aku pelik sapa lah yg beli kosmetik yg begini psl family & org yg kami kenal takde pun yg beli. Mgkn acik acik kepam felda kot yg beli. Kosmetik yg takde RnD. Semua pakai tangkap celup. Pastu bila muka dah menggerutu tau pula komplen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg perasan iklan kosmetik purdah tu. I terkejut ingat hantu,mamai baru bangun tido |
|
|
|
|
|
|
|
kan..berpurdah bagai pun gigih nak mencapub jadik model iklan
|
|
|
|
|
|
|
|
96 Sheets
96-sheet billboards are among the most common and widely used billboards in out-of-home media. 96 here refer to the layout of how the billboard will be presented. If your ad needs a large and loud effect, it would be ideal to use 96-sheet which is actually two pieces of 48 sheets placed together.
Standard measurements for the 96-sheet billboard is 10ft x 40ft and 11ft x 41ft. Rental of this space usually goes on an agreed period where it can be between RM2,500 and RM5,000 per billboard monthly or it can be rented on quarterly, half-yearly or yearly basis.
Unipoles/Spectacular
This type of billboard is very effective when used in highways and areas with a large volume of viewers like entertainment outlets and commercial centres. A single pole is used to hold up the billboard which can be single, double or triple sided. A spectacular is one which is customized to be more attractive. Cost to advertise on Unipoles or Spectaculars can be between RM20,000 and RM100,000 per month. |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 x kisah berlumur merkuri..yg penting putih cam mayat |
|
|
|
|
|
|
|
nk muntah
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak penah beli la kosmetik2 dodol ni seme
harem jadeh ja seme
baik beli sk2 ka ... loreal ka ...yg dh well establish
sori la meleis jutawan kosmetik wannabe ... letak la iklan atas jalan pun ...buat orang menyampah aje tgk
dah jadi bahan lawak atas highway .. |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 3-10-2017 11:26 AM
kan..berpurdah bagai pun gigih nak mencapub jadik model iklan
Tulah,jual produk kosmetik tapi muka nye tutup nampak mata jer.hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|